Malaysia mencadangkan mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang besifat manipulatif, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, logam berharga itu boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eksport dalam kalangan negara di Asia Timur.
“Kita boleh membuat penyelesaian menggunakan mata wang (baharu) ini (emas). Mata wang itu perlu berkait dengan mata wang tempatan sebagai rujukan kepada kadar tukaran, sesuatu yang boleh dikaitkan dengan prestasi sesebuah negara.
“Berdasarkan kaedah ini, kita akan tahu jumlah hutang, jumlah yang perlu dibayar dalam mata wang khas Asia Timur,” katanya pada sesi dialog Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.
Dr Mahathir tiba di Tokyo semalam untuk lawatan kerja tiga hari.
BACA: Persidangan Nikkei: Selesaikan konfrontasi dengan perang itu cara primitif - Tun Dr Mahathir
Perdana Menteri berkata, mata wang baharu itu juga boleh dipanjangkan kepada negara lain di luar kawasan Asia Timur.
“Di timur jauh, jika anda mahu bersatu, kita patut mulakan dengan mata wang seragam untuk perdagangan, bukan untuk penggunaan dalam negara, sebaliknya untuk tujuan penyelesaian dagangan”.
Beliau berkata pada masa ini pasaran global terikat kepada dolar Amerika Syarikat (AS), yang membuka ruang untuk dimanipulasi.
“Hanya kerana sebuah negara terjejas, ia menular ke negara lain. Kedudukan Malaysia sangat stabil pada 1997... namun disebabkan masalah berlaku di Thailand (semasa krisis kewangan Asia), mereka berkata Malaysia juga perlu menambat mata wangnya.
“Apa berlaku pedagang mata wang menjual mata wang Malaysia, menyebabkan mata wang Malaysia susut nilai.
“Mereka tiada pun wang, mereka tidak ada pun mata wang Malaysia, namun mereka dapat menjual kuantiti besar mata wang Malaysia dan apabila harga jatuh, sudah pasti mereka membeli dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi apabila nilainya meningkat,” katanya.
“Apabila susut nilai, sudah pasti anda boleh membeli dan menjual pada harga yang lebih tinggi apabila harga meningkat. Dagangan mata wang ini bukanlah sesuatu yang sihat kerana ia bukan menunjukkan prestasi (ekonomi) sesebuah negara, sebaliknya ia merupakan manipulasi.
“Apa sahaja yang ada berlebihan, akan hilang nilainya. Jika bekalan kurang, nilai akan meningkat dan mereka jual dalam kuantiti wang yang besar yang mereka tidak ada pun, dan disebabkan jumlahnya sangat besar, berlakulah penyusutan nilai,” katanya lagi.
Perdana Menteri menjelaskan, bahawa jika (penarafan) negara diturunkan atau dinaikkan, ia sewajarnya dilakukan oleh forum antarabangsa yang tidak komited dan bukan oleh mana-mana negara.
Atas kedudukan ini, beliau membidas AS kerana melabelkan negara-negara.
“AS suka melabelkan bahawa negara itu tidak bagus, negara ini tidak baik dan memberitahu negara-negara mengenai cara untuk menjalankan perniagaan mereka.
“Anda tidak demokratik. Bukan mana-mana negara tunggal mempunyai kuasa untuk membuat keputusan. Jika anda mahu tinggal di negara yang bersatu, dunia yang stabil, kita mesti memilih kemampanan menerusi perjanjian antara semua negara yang mempunyai kepentingan dalam sebarang masalah”.
Ditanya sama ada Yen Jepun atau Yuan China boleh digunakan sebagai mata wang seragam di Asia, Mahathir menjawab: “Jika kita cuba mempromosi mata wang kita sendiri, akan berlaku konflik”.
“Namun jika ada mata wang seragam untuk Asia Timur, mata wang dagangan yang sama yang digunakan di setiap negara untuk penyelesaian dagangan, akan wujud kestabilan.
“Namun untuk mempromosikan Yen atau Yuan, bukanlah caranya,” katanya. - BERNAMA
BACA: Malaysia tidak peduli, terus guna teknologi 5G Huawei - Tun M
Bernama
Thu May 30 2019
Menurut Dr Mahathir, emas boleh digunakan untuk menilai aktiviti import dan eskport dalam kalangan negara di Asia Timur. - Gambar BERNAMA
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
Pembekal buntu buah kelapa kurang menjelang Thaipusam
Seorang pembekal utama buah kelapa di Pulau Pinang mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit menjelang perayaan Thaipusam susulan masalah pengeluaran hasil komoditi berkenaan.
Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.
Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Dagangan semasa mata wang bersifat manipulatif - PM
Malaysia cadang mata wang baharu berasaskan emas memandangkan ia lebih stabil berbanding dagangan dalam mata wang semasa yang besifat manipulatif, kata Perdana Menteri