Cuti umum sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 9 Sept adalah antara lima cuti umum yang wajib diberikan kepada pekerja.
Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan hari ini menyebut bahawa perkara itu ditetapkan mengikut seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tidak boleh digantikan kepada tarikh lain.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat khususnya majikan dan pekerja sektor swasta berkaitan cuti am sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas dan Hari Keputeraan Baginda pada 9 Sept ini.
Kementerian itu memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengisytiharkan 30 Julai sebagai hari kelepasan am tambahan sempena majlis pertabalan Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, dan cuti itu diisytiharkan di bawah seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Cuti ini adalah cuti umum yang diperuntukkan kepada pekerja swasta menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955. Berdasarkan peruntukan ini, majikan boleh menggantikan cuti umum kepada pekerjanya. Dalam hubungan itu, majikan dikehendaki memberitahu pekerjanya sama ada majikan memilih tarikh 30 Julai 2019 sebagai cuti umum atau menggantikan ke tarikh lain dalam tahun ini juga," katanya.
Menurut kenyataan itu, sekiranya tiada penggantian dibuat, pekerja yang bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar kadar gaji cuti umum.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 04 2019

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua, kiri) dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) berkenan melihat dan menerima persembahan kek di Istana Negara hari ini. - Foto Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ahli Kongres kemukakan usul jadikan hari lahir Trump sebagai cuti umum
Ahli Kongres Amerika Syarikat Claudia Tenney mengemukakan usul menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.

TPM Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak
Fadillah berkata beliau memahami perkara itu antara isu yang sering dibangkitkan penganut Hindu di Bumi Kenyalang.

Tokong lebih satu abad, antara tumpuan pengunjung sempena Tahun Baharu Cina
Tokong Sin Sze Si Ya antara lokasi tumpuan masyarakat Cina serta pelancong asing dan tempatan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.

Lokasi popular ibu negara jadi tumpuan sempena cuti umum
Lokasi tumpuan pelancong seperti di Taman Burung Kuala Lumpur, Zoo Negara, KLCC dan Menara Kuala Lumpur 'diserbu' sejak awal pagi oleh pengunjung.

Bursa Malaysia ditutup pada 25 Disember 2023 dan 1 Januari 2024
Bursa Malaysia Bhd akan ditutup pada Isnin 25 Dis, 2023 sempena cuti umum Hari Krismas serta Isnin, 1 Jan 2024 sempena Tahun Baharu 2024.

45,000 disasar kunjungi taman dinosaur keenam Malaysia
Dr Anir Syazwan berkata beliau yakin taman tema dinosaur itu bakal mencetuskan fenomena baharu dalam menarik kehadiran pelancong selari inisiatif Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Cuti umum 20 Feb di Melaka, SPM tetap diteruskan
Empat kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diadakan pada 20 Feb tahun depan akan diteruskan mengikut jadual.

Deepavali: Kerajaan belum bincang beri pengecualian bayaran tol
Kerajaan belum membuat sebarang perbincangan untuk memberikan pengecualian bayaran tol sempena Deepavali yang bakal diraikan hujung minggu ini.

Taliban isytihar hari terakhir pengunduran tentera AS di Afganistan sebagai cuti umum
Keputusan Majlis Menteri-menteri itu diumumkan dalam satu kenyataan oleh pejabat pentadbiran pemerintahan sementara Taliban.

Kedah umum cuti peristiwa 5 Feb sempena Thaipusam
Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.