Cuti bagi 821 pegawai dan anggota bomba di Pulau Pinang telah dibekukan dan kesemua mereka kini dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama banjir di negeri ini ekoran perubahan angin Monsun Timur Laut, kata Pengarahnya Saadon Mokhtar.
"Anggota Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bersiap sedia 24 jam dari segi akses, keperluan peralatan dan logistik penyelamatan termasuk bot yang berada dalam keadaan baik serta persediaan pasukan Unit Udara di Bertam.
"Kami juga membuat rondaan dan pemantauan di kawasan rendah yang dijangka berlaku banjir jika hujan lebat bagi memastikan bantuan segera dapat diberikan" katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bomba Komuniti Kelab Rukun Tertangga (KRT) Kampung Valley di Air Itam, di sini hari ini.
Sejak Isnin, beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di negeri ini di landa banjir kilat dan sehingga hari ini sebanyak dua pusat pemindahan sementara dengan 110 mangsa banjir di tempatkan di situ.
Sementara itu, Saadon berkata pihaknya menyambut baik usaha KRT Kampung Valley mewujudkan pasukan Bomba Komuniti bagi membantu pihak bomba ketika berlakunya kebakaran.
Menurutnya Bomba Komuniti itu akan bertindak memadam kebakaran terlebih dahulu sementara menunggu bantuan dari pasukan bomba tiba di lokasi kejadian dan jika api berjaya di kawal lebih awal serta di padam, ia dapat mengelak dari berlakunya pembakaran yang lebih besar.
"Kami berbesar hati kerana dapat bekerja sama dengan KRT Kampung Valley dan Malaysia Fire Protection Association (MFBA) yang bertindak menyedia alat pemadam kebakaran kepada komuniti di sini. Setakat ini, terdapat 52 pasukan komuniti bomba di seluruh kawasan Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 26 2019

Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 1 Pulau Pinang kini bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh di negeri ini dengan menyediakan anggota yang mencukupi dan aset untuk kegunaan operasi. - Foto BERNAMA

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Cuti anggota bomba Pulau Pinang dibeku bersiap sedia hadapi banjir
Cuti bagi 821 pegawai dan anggota bomba di Pulau Pinang dibekukan dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan terutama banjir di negeri ini.