ALOR GAJAH: Padah mencuri benang emas pada sebuah mesin pengeluaran di kilang, seorang bekas operator kilang dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu.
Majistret Khairunnisak Hassni menetapkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Shahrul Helmi Ramli, 35, membuat pengakuan bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang sebelum ini merupakan operator pengeluaran di kilang Dominant didapati dengan niat curang mencuri benang emas yang bernilai kira-kira RM4,000 milik kilang itu tanpa kebenaran majikannya.
Perbuatan itu dilakukan di ruang pengeluaran kilang Dominant, di sini kira-kira jam 6 petang, pada 10 September lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Mengikut fakta kes, pihak polis menerima laporan daripada eksekutif kilang memaklumkan kehilangan benang emas di salah satu mesin pengeluaran kilang.
Siasatan mendapati terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perbuatan dilakukan tertuduh.
Tertuduh yang telah berkahwin diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhammad Izzuddin Ab Malek merayu hukuman diringankan kerana tertuduh telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara seminggu bermula tarikh ditangkap pada 19 Disember lalu serta denda RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal melunaskan denda berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 27 2023

Muhammad Shahrul Helmi (tengah) dipenjara seminggu oleh Mahkamah Masjitret kerana mencuri. - Gambar/ Sinar Harian

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

Curi benang emas, bekas operator kilang dipenjara tujuh hari
Padah mencuri benang emas pada sebuah mesin pengeluaran di kilang, seorang bekas operator kilang dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, pada Rabu.