KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihaknya juga belum dapat mengesahkan penglibatan agensi luar dalam kes penculikan itu seperti yang didakwa sebuah akhbar tempatan semalam.
"Saya tidak boleh beritahu sama ada Mossad terlibat atau tidak kerana siasatan masih berterusan dan polis juga tidak pasti dari mana akhbar berkenaan memperoleh sumber sedemikian.
"Laporan akhbar berkenaan telah menimbulkan spekulasi dan mengganggu siasatan polis berhubung perkara ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang melaporkan agensi perisikan Israel, Mossad merupakan dalang yang mengupah warga tempatan untuk menculik seorang warga Palestin, Omar Z. M. Albelbaisy Raeda.
Azmi berkata polis akan memanggil wakil dari akhbar berkenaan untuk diambil keterangan pada hari ini bagi membantu siasatan.
"Saya berharap rakan media memberi kerjasama dalam menyampaikan maklumat. Jika sesuatu perkara itu boleh diberitahu, saya pasti akan maklumkan pada semua," katanya.
Semalam, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri sedang membuat penelitian berhubung dakwaan penglibatan ejen perisikan Israel, Mossad dalam insiden penculikan seorang warga Palestin.
Pada 5 Okt lepas, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas dia diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang dan Beranang di Selangor serta di Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.
Pada Jumaat lepas, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menculik Omar bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Perintis Rapid KL Safety Point di Stesen MRT Kampung Batu hari ini. - FotoB ERNAMA
DBKL banteras penjaja air balang 'Rambo' tanpa lesen, abai kebersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Penguatkuasaan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja air balang tanpa lesen di sekitar Jalan Raja. DBKL mendapati penjaja sering bertukar lokasi perniagaan bagi mengelak dikesan oleh penguat kuasa.
Grid bekalan elektrik Cuba lumpuh, seluruh negara bergelap
Rangkaian elektrik nasional Cuba mengalami kerosakan besar pada lewat Jumaat, menyebabkan gangguan bekalan elektrik yang meluas di ibu negara Havana serta di seluruh negara pulau itu.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuhraya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.

Anna Jobling tak sabar bintangi filem baharu, hadiah istimewa selepas GMWA 2024
Anna Jobling berkata dia langsung tidak menyangka akan menerima tawaran berlakon filem selepas meraih kemenangan besar di anugerah berprestij itu.

Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa proses pengiraan wang tunai di hab tersebut.

Pemilihan DAP: Guan Eng tekad tidak akan sesekali tarik diri
Guan Eng menepis khabar angin serta laporan media yang mendakwa beliau akan berundur daripada perebutan jawatan dalam kepimpinan parti.

Dua ekor lembu golek hidangan istimewa 'Iftar on the road'
Lembu golek jadi menu istimewa berbuka puasa kepada pengunjung Karnival Mahabbah di Bertam Square, Kepala Batas sempena program 'Iftar on the road.'
Mark Carney angkat sumpah sebagai PM baharu Kanada
Ahli ekonomi dan pendatang baharu dalam politik, Mark Carney, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada Jumaat.

Palestin tegaskan penyelesaian dua negara demi keamanan
Penyelesaian mesti membawa kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.
Terdapat peningkatan membimbangkan - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan terhadap kebencian dan diskriminasi terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin
Dua lagi individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian.

Culik warga Palestin: Polis siasat jika ada penglibatan agensi perisikan luar
Polis sedang menyiasat sekiranya wujud penglibatan agensi perisikan luar berhubung kes penculikan warga Palestin.