Taktik seorang lelaki yang ingin mendapatkan wang daripada anggota keluarga dengan cara merancang penculikannya sendiri terbongkar apabila polis berjaya menahan 12 suspek lain yang turut terlibat.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata lelaki itu merupakan warga Singapura berusia 30-an dan dikatakan dilarikan oleh sekumpulan lelaki di kawasan Setia Indah pada 8 Mac lepas.
"Suspek meminta wang tebusan sebanyak RM500,000 daripada anggota keluarga dan pihak keluarganya telah membayarnya tetapi isteri mangsa yang merupakan warga Indonesia berusia 33 tahun tidak terus membuat laporan polis.
Pada 21 Mac, suspek sekali lagi meminta sebanyak RM170,000 dan ia turut dibayar namun mangsa tetap tidak dibebaskan. Pada ketika itu, barulah isterinya membuat laporan polis," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Mohd Khalil berkata susulan laporan itu, polis telah menyerbu sebuah premis di Stulang pada hari sama dan berjaya menyelamatkan mangsa serta menahan lima lelaki dan seorang wanita.
Beberapa siri tangkapan susulan turut dilakukan di dua lokasi berbeza dan berjaya menahan empat lagi lelaki di Bandar Penawar dan dua lagi lelaki di Kluang.
"Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan itu berumur antara 20 hingga 49 tahun," katanya.
Mohd Khalil berkata hasil siasatan lanjut ke atas semua suspek kemudian mendedahkan bahawa perancangan untuk melarikan mangsa dan memeras wang dari keluarga mangsa adalah perancangan mangsa dan isterinya sendiri bagi mendapatkan wang daripada anggota keluarga mereka.
"Susulan itu, lelaki berkenaan telah ditahan dan isterinya pula masih lagi dijejaki dengan bantuan polis Indonesia," katanya.
Sementara itu, berhubung kes lain, Mohd Khalil berkata pelbagai dadah kira-kira 46 kilogram yang bernilai RM2.4 juta berjaya dirampas berikutan penahanan 12 individu di Larkin dan kawasan pembangunan Wilayah Iskandar, di sini, pada Rabu lepas.
Mohd Khalil berkata dua daripada mereka ditahan menerusi pemeriksaan ke atas sebuah kereta jenis BMW 528i di Larkin pada 8.30 pagi manakala 10 lagi diberkas menerusi beberapa serbuan di kawasan pembangunan Wilayah Iskandar, beberapa jam selepas itu.
Katanya, daripada pemeriksaan kereta itu, polis merampas sepucuk pistol jenama Glock, 26 butir peluru jenama Luger 9mm, dua kelopak peluru, wang tunai RM18,700, mata wang Indonesia bernilai 8 juta rupiah bersamaan RM2,272.68 dan kenderaan yang digunakan suspek.
"Hasil serbuan pula berjaya merampas masing-masing satu paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki syabu dan ganja seberat 5.82 gram dan 1.59 gram; 46 ketulan mampat disyaki dadah jenis syabu seberat 46kg; 25 kotak rokok putih jenama Double Happiness; sebuah kereta Toyota Vios; sebuah kereta Nissan Sentra dan sebuah kereta Perodua Myvi.
"Turut dirampas sepucuk pistol Revolver 38 bersama 123 butir peluru, 35 butir peluru 9mm, satu kelongsong peluru dan 112 biji pil kuda," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Mohd Khalil berkata kesemua suspek berumur antara 20 hingga 46 tahun kini direman selama seminggu bermula 21 Mac.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(A) Akta Senjata 1960, Seksyen 39B, Seksyen 39(A)(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2019

Polis berkata lelaki itu merupakan warga Singapura berusia 30-an dan dikatakan dilarikan oleh sekumpulan lelaki di kawasan Setia Indah pada 8 Mac lepas.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang.

'Culik' diri sendiri untuk dapatkan wang daripada keluarga
Taktik seorang lelaki yang ingin mendapatkan wang daripada anggota keluarga dengan cara merancang penculikannya sendiri terbongkar apabila polis berjaya menahan 12 suspek lain yang turut terlibat. Ke