Sistem pelesenan pengurusan ibadah umrah di negara ini yang dikawal selia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, (KPK) sudah memadai bagi menangani isu penipuan pakej umrah.
Malah, Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini.
"Kalau TH pegang (kendali umrah) pun saya bangkang. Cukuplah dia (TH) kendalikan Haji, dia dah monopoli. Banyak orang tidak mendapat visa disebabkan kroni.
"Cuba buat secara terbuka. Sekarang untuk umrah biarlah bagi peluang orang meniaga.
"TH tahu sebab kalau TH nak buat (kendali umrah), mereka adalah entiti perniagaan dan kalau kendalikan semua perkara akan jadi kelam kabut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: TH sedia jadi 'orang tengah' tangani penipuan umrah - Mohamad Aziz
BACA: Isu IMAMS: 'Biarlah Tabung Haji yang uruskan' - PPIM
Tegasnya, Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) telah mengeluarkan garis panduan Lesen Khas Umrah (LKU) menerusi KPK.
Sebaliknya, menurut Razali kes penipuan pakej umrah sebelum ini berlaku disebabkan oleh pihak yang tidak berlesen serta kurangnya pengetahuan di kalangan bakal jemaah.
BACA: IMAMS: Tiada unsur rasuah, hanya masalah pentadbiran kerajaan - SPRM
"Kalau syarikat itu keluar resit maknanya dia bertanggungjawab terhadap sebarang penipuan dan kalau agen yang dilantik, tapi keluar resit lain, itu jadi kes polis kerana pecah amanah.
"Pembabitan TH tidak akan selesaikan masalah (penipuan pakej umrah) sebaliknya ia hanya satu biro atau badan tengah. Jadi jemaah kalau nak pergi dan bayar di syarikat itu sendiri, pastikan ada LKU," ujarnya.
BACA: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dibatalkan
BACA: IMAMS akan terus beri kerjasama kepada kerajaan
Justeru, beliau mencadangkan kepada KPK untuk bekerjasama dengan Jabatan Penerangan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk memberi pendidikan kepada orang ramai berkenaan modus operandi penipuan umrah.
Malah, orang ramai juga boleh melayari laman web Majlis Kawal Selia Umrah untuk mengetahui senarai LKU, agensi terlibat termasuk panduan dan modus operandi penipuan pakej umrah.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Dec 19 2017

Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini. - Gambar Hiasan

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Belanjawan 2021: PAPUH kecewa pemain industri umrah dan haji tidak diberi perhatian
PAPUH kecewa dengan pembentangan Belanjawan 2021 yang dilihat seperti tidak peduli kepentingan pemain industri yang ketika ini sedang tenat.

Cukuplah TH monopoli haji, tidak perlu campur urusan umrah - PAPUH
Datuk Seri Razali Mohd Sham menegaskan Tabung Haji (TH) juga tidak perlu masuk campur dalam urusan umrah di negara ini.