KISAH seorang lelaki yang kematian isteri dalam kemalangan di Kilometer 46 Lebuhraya Utara Selatan, Kulai pada malam Sabtu telah meruntun jiwa rakyat Malaysia.
Menerusi beberapa video yang tular, lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Redzuan meraung dan menangis teresak-esak apabila dia gagal menyelamatkan isterinya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang berada dalam kenderaan yang sedang terbakar ketika itu.
Dalam pada itu, sahabat kepada Nurul Nazihah, Syafiq Shariff turut berkongsi satu tangkap layar yang sempat dimuat Allayarham di status WhatsApp beberapa jam sebelum kejadian.
“Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami”, tulis Allayarham pada status tersebut.
Syafiq berkongsi coretan sayu Nurul Nazihah itu menerusi hantaran terkini di laman Facebook miliknya pada pagi Ahad.
Difahamkan juga, Allahyarham baru sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah seminggu yang lalu dan sempat memohon doa daripada rakan-rakannya.
“Arwah baru sahaja balik dari umrah seminggu yang lepas. Sebelum pergi, arwah WhatsApp minta doa dipermudahkan urusan di sana (Mekah),” tambah Syafiq.
Sementara itu, di ruangan balas, ramai yang turut terkesan dengan kejadian yang mneyayat hati itu.
Rata-rata netizen meninggalkan ucapan takziah kepada keluarga dan menitipkan doa buat arwah.
Menurut sumber Bernama, Allayarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Lukut Kota Tinggi, Johor.
Suasana hiba turut menyelebungi kawasan rumah yang dipenuhi ahli keluarga dan sahabat Allayarham.
Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Sun Oct 16 2022

Mangsa Nurul Nazihah Kamalul Arifin baru sahaja selesai mengerjakan ibadah umrah seminggu yang lalu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

"Cukuplah Allah sebagai tempat bagi kami" - Coretan terakhir mangsa rentung dalam kemalangan undang sebak netizen
Coretan akhir mangsa kebakaran kemalangan.

Dua rentung dalam kemalangan empat kenderaan
Dua maut manakala empat lagi selamat dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, Kulai, Johor pada Sabtu.