Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan cukai korporat dalam masa terdekat biarpun negara berdepan kedudukan fiskal yang lemah, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Guan Eng berkata, cukai korporat ketika ini dikenakan pada kadar 24 peratus dikekalkan namun ia berpotensi dikurangkan jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.
"Saya rasa tahap ataupun kadar cukai korporat boleh dikurangkan daripada 24 peratus sekarang, tetapi tentu ini bukan masanya, apabila kedudukan fiskal pulih semula, apabila kita dapat melihat pengurangan hutang Kerajaan Persekutuan, baru boleh diambil kira," katanya semasa berucap merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2018 pada di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan kerajaan sedang memulihkan semula kedudukan kewangan kerajaan ke tahap yang baik namun proses ini dijangka memerlukan masa.
"(Pemulihan kedudukan fiskal) ini bukan (dapat dicapai) dalam jangka pendek atau jangka sederhana," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lim berkata kerajaan akan melaksanakan pembayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta cukai pendapatan berjumlah RM37 bilion kepada syarikat dan individu yang terlibat mulai awal 2019.
"Jadi, boleh dikatakan perkara membabitkan pemulangan semula GST dan cukai pendapatan sudah selesai. Jangan buang masa bertanyakan soalan ini (di dalam seminar ini) kerana kerajaan menjamin akan membayarnya semula.
"Kerajaan tidak akan menggunakan walaupun 'sekupang' (10 sen) daripada cukai yang dikutip daripada rakyat tetapi akan pulangkannya kembali," katanya.
SPK adalah program pendidikan percukaian anjuran LHDN setiap tahun yang diadakan sebaik sahaja selesai pembentangan belanjawan tahunan kerajaan.
Penganjuran SPK 2018 adalah yang ke-36 sejak 1974 dan bagi tahun ini SPK akan diadakan di 24 lokasi di seluruh negara.
Irwan Muhammad Zain
Tue Nov 13 2018

Lim Guan Eng menjelaskan kerajaan sedang memulihkan semula kedudukan kewangan kerajaan ke tahap yang baik namun proses ini dijangka memerlukan masa. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Pengurangan cukai korporat mungkin dipertimbang jika asas cukai, pertumbuhan kukuh - Tengku Zafrul
Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24 peratus ketika ini.

Belanjawan 2021: Kerajaan dijangka kurangkan perbelanjaan - Ahli ekonomi
Kemerosotan KDNK kebanyakannya disebabkan kepada sekatan perdagangan komoditi terhadap ekonomi Malaysia yang dipacu oleh eksport.

"Maafkan saya kerana mengatasi krisis kewangan 1997 - 1998" - Tun M
Perdana Menteri mengakui terlibat dengan ciptaan pendekatan menolong taikun perniagaan untuk mengatasi masalah kewangan ketika itu.

Kerajaan jamin tidak naikkan cukai korporat dalam tempoh terdekat - Lim
Kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan cukai korporat yang ketika ini pada kadar 24 peratus dalam tempoh terdekat walaupun berdepan kedudukan fiskal yang lemah.

Cukai korporat tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat - Lim Guan Eng
Cukai korporat itu berpotensi dikurangkan jika kedudukan fiskal kerajaan bertambah baik.

Pelaksanaan GST turut menurunkan cukai lain - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) turut memberi kesan penurunan kepada tujuh jenis cukai yang lain.