KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sekali lagi mengulangi cadangan gaji minimum baharu RM1,800 sebulan untuk sektor awam berbanding RM1,200 sebulan ketika ini.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada Perdana Menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan kerana berpendapat angka tersebut adalah munasabah untuk dinilai oleh kerajaan.
"Pada masa sama, Perdana Menteri juga telah memaklumkan di dalam Kabinet dan di Parlimen pada 27 Nov lepas di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), kerajaan menyasarkan (status sebagai) negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025 dengan meletakkan pendapatan isi rumah kepada RM10,000.
"Namun sasaran di bawah RMK12 ini sudah tentu tidak akan tercapai sekiranya gaji minimum yang baharu ini tidak diubah oleh kerajaan sendiri," katanya ketika menjadi tetamu secara maya dalam program Koresponden terbitan Bernama TV bertajuk 'Penentuan Nasib Penjawat Awam' hari ini.
Beliau juga berkata sebelum ini, kerajaan telah menetapkan bahawa gaji penjawat awam disemak setiap 10 tahun dan kali terakhir sistem saraan perkhidmatan awam disemak ialah pada 2002.
"Cuepacs melihat apabila kerajaan sendiri menetapkan setiap 10 tahun maknanya tahun ini adalah tahun yang memerlukan kerajaan untuk menyemaknya semula.
"Sistem saraan yang baharu ini hendaklah boleh menampung keperluan penjawat awam supaya menerima gaji yang selesa, yang setimpal dengan kos perbelanjaan harian minimum yang juga telah berubah dengan (harga) barangan meningkat berkali-kali sejak tahun lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Adnan berkata pihaknya sebelum ini telah mengutarakan hal itu kepada Perdana Menteri dan mencadangkan gaji RM1,800 sebulan. - Gambar fail
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Dasar Peluang Kedua: Penjawat awam bankrap diseru perbaiki kesihatan kewangan
Peluang keemasan buat penjawat awam yang mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi untuk menyusun semula kewangan dan meningkatkan mutu hidup.
Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan
Cuepacs berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.
Cuepacs saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangkan, elak rakyat muflis
Langkah itu wajar dilaksana bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang berdepan isu kos sara hidup.
Perbincangan dengan Cuepacs Isnin ini - Mohd Zuki
Dijangka turut menyentuh soal desakan kongres tersebut yang meminta kerajaan supaya segera menunaikan tuntutan berkaitan gaji penjawat awam.
Dakwaan pengambilan, kenaikan pangkat berasaskan kaum tuduhan berat - Cuepacs
Perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok itu adalah cubaan untuk mempolitikkan perkhidmatan awam.
Etika berpakaian wajar dipraktikkan - Cuepacs
Wajar dipraktikkan oleh semua pihak yang berurusan dengan mana-mana organisasi tidak kira jabatan kerajaan mahupun swasta.
Cuepacs cadang kerajaan wujud pengkhususan khas jawatan warden
Lantikan warden berkenaan bagi membolehkan anggota penjawat awam menjalankan tugas sebagai warden secara sepenuh masa.
Jangan mansuh cuti tahunan petugas barisan hadapan yang tidak dihabiskan - Cuepacs
Cuepacs mohon kerajaan supaya memberi pertimbangan ke atas cuti yang tidak dihabiskan semasa berhadapan pandemik.
Cuepacs harap pelantikan PM baharu tamatkan sengketa politik dalam kalangan pemimpin
Cuepacs juga katanya memohon agar Perdana Menteri menstrukturkan semula setiap kementerian supaya fungsinya lebih tersusun dan terkoordinasi.
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Perkhidmatan awam adalah tonggak kepada pentadbiran kerajaan dan perlu bertindak secara profesional.