Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh neneknya di Felda Penggeli Timur, di sini, awal bulan ini.
Muhamad Hafizie Azmee, 19, dituduh membunuh Maimon Abdul Samad, 76, di sebuah rumah di Jalan Biru 1, Felda Penggeli Timur, antara 6 pagi dan 6.30 petang, 9 Ogos lepas.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Muhamad Hafizie yang kelihatan tenang, mengangguk memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin, namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafiuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Sept depan untuk sebutan semula kes itu sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Mahkamah turut membenarkan permohonan timbalan pendakwa raya supaya tertuduh dirujuk ke pakar psikiatri Hospital Permai di Johor Baharu bagi memastikannya sempurna akal sebelum dibicarakan.
Bernama
Thu Aug 18 2016

Muhamad Hafizie (tengah) dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. -Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Bunuh nenek: Penganggur terselamat daripada tali gantung
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit.

Lelaki bunuh nenek kerana 'simpati'
Laporan autopsi mengesahkan Leona dijerut dengan tuala.

Penyelia kilang dipenjara 38 tahun kerana bunuh nenek dan rakan
Penyelia kilang dipenjara 38 tahun oleh Mahkamah Tinggi Muar kerana sebabkan kematian tanpa niat nenek dan rakannya.

Cucu didakwa penggal nenek berdepan hukuman gantung
Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.