Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki disyaki cuba menyeludup keluar sebanyak 10 biji tong gas petroleum cecair (LPG) dalam dua tangkapan berasingan di perairan Pelabuhan CIQ dan Pasar Besar Tawau, pada Khamis.
Dalam kejadian pertama pada jam 7 pagi, seorang lelaki berusia 37 tahun diberkas bersama enam biji LPG yang disimpan dalam sebuah van jenis Vanette di Pasar Besar Tawau.
Kemudiannya, pada jam 3 petang, seorang lelaki berusia 44 tahun pula dicekup bersama empat tong LPG yang disimpan sebuah bot di perairan Pelabuhan CIQ.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua mereka adalah rakyat tempatan.
"Keduanya gagal mengemukakan dokumen pemilikan barangan terkawal tersebut selepas diperiksa.
"Kesemua barangan dirampas termasuk van dan bot yang dianggarkan berjumlah RM29,800," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mohamad Pajeri berkata, kes masih disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Radhi Muslim
Thu Feb 21 2019

Antara tong-tong gas petroleum cecair yang dirampas oleh Pasukan Polis Marin. - Foto ihsan polis marin

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

KPDN serbu premis jual LPG tanpa lesen, lebih harga pasaran
Menurut KPDN Kedah, serbuan dilakukan pada 4.45 petang selepas bertindak hasil aduan orang awam dan penyamaran.

Pemandu melecur, lori gas LPG terbakar
Mangsa berusia 50 tahun diberi rawatan awal oleh pasukan bomba sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

PAC adakan prosiding EMGS dan pengurusan subsidi LPG
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen hari ini mengadakan dua prosiding membabitkan isu pembangunan Education Malaysia Global Services (EMGS) dan pengurusan subsidi gas petroleum cecair.

Cubaan seludup tong gas, dua lelaki ditahan
Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua lelaki disyaki cuba menyeludup keluar sebanyak 10 biji tong gas petroleum cecair (LPG) dalam dua tangkapan berasingan

Op Pensura: Polis marin gagalkan cubaan seludup keluar barangan ke Filipina
Pelbagai barangan termasuk tong gas petroleum cecair (LPG) dan minyak petrol cuba diseludup keluar ke Filipina dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Laut Tanjung Aru, pada Rabu.

Awas pengusaha dobi ingkar!
Larangan dan amaran itu bertujuan membanteras penggunaan LPG bersubsidi yang juga selama ini menyumbang kerugian kepada kerajaan.

KPDNKK Pulau Pinang lumpuhkan sindiket seleweng LPG
KPDNKK Pulau Pinang melumpuhkan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di sebuah stor haram di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.

Berita harga gas petroleum cecair (LPG) naik tidak benar
KPDNKK menafikan laporan beberapa media tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong depan.

Kerajaan rugi RM800 juta akibat subsidi LPG diseleweng - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata operasi membanteras kegiatan itu kali ini perlu dijalankan secara lebih taktikal, tegas dan efisien.