KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di Ampang Jaya, dekat ibu negara, pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak, kedua-dua suspek berusia 24 dan 25 tahun ditahan di sekitar Sungai Besi.
"Kejadian berlaku apabila pengadu, ketika berada di dalam pejabatnya, menerima panggilan telefon dan kiriman video daripada rakan.
"Video itu menunjukkan dua lelaki sedang membuat sesuatu kepada kenderaan jenis Toyota Innova milik pengadu.
"Selepas ditegur, kedua-dua suspek memberikan alasan membaiki kenderaan itu dan terus melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Iriz berwarna perak.
"Pengadu mendapati komponen ekzos (catalytic converter) telah dipotong, namun tidak berjaya dilarikan," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, modus operandi suspek melakukan kegiatan curi tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.
Ujarnya, suspek telah mendedahkan melakukan jenayah curi tabung ekzos beberapa kali di sekitar daerah Ampang dan Kajang.
"Antara barangan yang dirampas adalah dua tabung ekzos, pelbagai peralatan membuka ekzos dan sebuah kereta Proton Iriz," tambah beliau.
Sementara itu, Mohamad Farouk memberitahu, salah seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau atas kesalahan mencuri.
"Saringan ujian air kencing kedua-dua suspek akan dibuat selepas mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Ampang hari ini," jelasnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Afiezy Azaman
Wed Sep 08 2021
Video tular memaparkan dua lelaki cuba mencuri tabung ekzos sebuah kereta di Ampang Jaya. -Video tular
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Cubaan curi tabung ekzos kereta, dua lelaki ditahan
Pengadu mendapati komponen ekzos 'catalytic converter' telah dipotong, namun tidak sempat dilarikan.