JOHOR BAHRU: Kira-kira 20 ahli Kelab Astronomi Johor kecewa kerana tidak dapat melihat sendiri fenomena gerhana matahari separa susulan cuaca mendung dan berawan, selepas menunggu hampir dua jam di Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene, di sini.
Bagaimanapun, pengasas kelab berkenaan Mohd Nazam Anuar, 46, berkata imej gerhana matahari separa itu berjaya dirakamkan oleh seorang ahli kelab, Zaki Aziz menggunakan teleskop jenis Dobsonian lapan inci di Kuala Terengganu, Terengganu.
"Alhamdulillah, menerusi ahli di Kuala Terengganu kita berjaya merakam dan membuat penstriman langsung menerusi Facebook Johor Astronomy Club.
"Kita dapat menangkap imej gerhana matahari hibrid daripada minimum pada 11 pagi hingga maksimum 12 tengah hari tadi.
"Apa yang unik dengan kelab ini, ahlinya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Asia dan Eropah.
"Jadi, walaupun tak nampak di sini, kita ada beberapa kumpulan yang turut memantau dan merakam fenomena ini di lokasi lain," katanya ditemui di sini hari ini.
Mohd Nazam berkata kelab yang diasaskan pada 2014 itu, mempunyai kira-kira 200 ahli bukan sahaja di sekitar Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, bahkan di luar negara iaitu Pakistan, India, Brunei dan Ireland.
Untuk mencerap gerhana matahari hari ini, katanya terdapat 50 kumpulan yang bersedia dengan peralatan masing-masing di beberapa lokasi di Johor, Terengganu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Mohd Nazam berkata sepanjang bulan Ramadan ini, kelab itu turut berjaya merakam imej anak bulan Ramadan pada 22 Mac lepas, imej Galaksi Bimaksakti pada 24 Mac dan konjungsi bulan sabit serta planet Zuhal pada 16 April.
"Kami nak tingkatkan kesedaran kepada orang ramai mengenai astronomi dan kalau boleh nak jadikan aktiviti cerapan ini sebagai aktiviti masyarakat.
"Macam tempoh hari ketika cerapan anak bulan Ramadan, ada mak cik pak cik di kawasan sekitar sertai kami sebab tak pernah tengok anak bulan," katanya.
Peminat astronomi cilik, Muhammad Afif Syahmi Azfanizam, 9, berkata dia bersama bapa, Azfanizam Abdul Aziz, 41, telah bersedia sejak pagi tadi bersama ibu, kakak dan adik perempuannya.
"Selalu tengok bulan guna teleskop di rumah, sebulan sekali," katanya yang turut berkongsi minat dengan bapanya itu.
Bagi Siti Mardiah Md Sharum, 45, dia dan ahli keluarganya merupakan peminat astronomi dan sering mengikuti aktiviti kelab berkenaan menerusi Facebook.
Fenomena gerhana matahari seterusnya dijangkakan pada Ogos 2027.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 20 2023

Kira-kira 20 ahli Kelab Astronomi Johor kecewa kerana tidak dapat melihat sendiri fenomena gerhana matahari separa susulan cuaca mendung dan berawan, di Gerbang Mahkota Istana Bukit Serene. -Twitter Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Cuaca mendung berawan, peminat astronomi kecewa tak dapat lihat gerhana matahari
Imej gerhana matahari separa itu berjaya dirakam ahli kelab, Zaki Aziz menggunakan teleskop jenis Dobsonian lapan inci di Kuala Terengganu.