SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tiada kesan alkohol dan dadah ditemukan dalam tiga spesimen yang diambil daripada badan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan.
Ahli Kimia Bahagian Toksikologi, Jabatan Kimia Malaysia B.Govinda Raj memaklumkan mahkamah bahawa keputusan spesimen terbabit diperoleh pihaknya setelah menerima tiga eksibit yang masing-masing bertanda A, B dan C daripada Sarjan Abdul Rahim Taha pada 10.58 pagi 18 Jun 2018.
Saksi pendakwaan ke-40 itu berkata selepas menerima dan memeriksa beg berisi eksibit terbabit, beliau menjalankan analisis alkohol terhadap spesimen air kencing serta bahan yang meruap ke atas spesimen paru-paru dan otot psoas berlabel Nazrin bin Hassan.
"Keputusan analisis terhadap spesimen air kencing menyaksikan etil alkohol dan dadah biasa tidak dikesan manakala dadah biasa serta bahan meruap tidak dikesan dalam spesimen paru-paru dan otot psoas.
BACA: Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
"Berdasarkan analisis tersebut, saya telah menyediakan satu laporan kimia bertarikh 20 Julai 2018. Eksibit-eksibit ini juga telah diserah balik bersama laporan kimia kepada Sarjan Abdul Rahim Taha pada 10.40 pagi 24 Julai 2018," katanya ketika membaca penyataan saksi di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
BACA: Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Govinda Raj, 38, memberi keterangan pada perbicaraan kes Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki, masing-masing kini berusia 19 dan 16 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian mangsa di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
BACA: Cradle Fund: Mayat Nazrin ada kesan terkena haba - Pegawai Perubatan
Saksi itu turut memaklumkan bahawa tiada kesan karbon monoksida dikesan di dalam ketiga-tiga spesimen Nazrin berdasarkan ujian yang dilakukan pihaknya.
Disoal peguam bela LS Leonard sama ada mangsa meninggal dunia bukan disebabkan alkohol, beliau berkata perkara itu bukan dalam bidang kuasanya dan hanya boleh disahkan Jabatan Patologi.
Perbicaraan kes bersambung esok.
Bernama
Mon Mar 15 2021

Saksi itu turut memaklumkan bahawa tiada kesan karbon monoksida dikesan di dalam ketiga-tiga spesimen Nazrin berdasarkan ujian yang dilakukan pihaknya. - Gambar fail

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Polis sahkan terima laporan pergaduhan di lobi mahkamah
Menurut ACP Mohd Iqbal Ibrahim, laporan polis itu dibuat oleh kedua-dua pihak dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

Kronologi kes pembunuhan CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan
Samirah Muzaffar dan dua remaja hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, empat tahun lepas.

Cradle Fund: Saksi pendakwaan tukar keterangan mengenai petrol - Peguam
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Aznor Sheda Shamsuddin, saksi ke-14 pendakwaan (PW14) menukar keterangannya selepas dipanggil semula pada tahun ini buat kali kedua.

Cradle Fund: Samirah kemuka bantahan kepada KWSP berhubung penama Nazrin - Saksi
Berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.

Cradle Fund: Tiga serpihan anak panah dijumpai
Tiga serpihan batang anak panah dijumpai di halaman rumah didiami Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund itu.

Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor.

Mayat CEO Cradle Fund ditemui di penjuru katil dan berdarah - Saksi
Nazrin yang merupakan jurugambar di IPD Petaling Jaya berkata beliau turut melihat darah di bawah dan sekeliling mayat tersebut.

Adik ipar Nazrin, suami dilepaskan daripada reman
Suspek yang ditahan reman itu merupakan adik ipar Nazrin dan suaminya.