Kakak sulung kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd Allahyarham Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, beliau bersetuju untuk proses penggalian semula kubur adiknya itu, selepas meneliti sijil kematian yang diterimanya.
Saksi pendakwaan ke-21 perbicaraan kes pembunuhan Nazrin, Che Elainee Che Hassan, 63, berkata, beliau turut bersetuju untuk memohon bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat adiknya itu, selepas melihat punca kematian mangsa pada sijil kematian tersebut.
"Saya bersetuju supaya kubur Nazrin digali semula untuk buat bedah siasat kali kedua berdasarkan sijil kematiannya, yang saya dapat sendiri daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
"Ini kerana saya melihat punca kematian yang ditulis (pada sijil kematian) adalah akibat komplikasi letupan, sedangkan siasatan bomba tidak berlaku sebarang letupan (di lokasi kematian Nazrin)," katanya ketika menjawab pertanyaan peguam LS Leonard, berhubung permohonan penggalian kubur mangsa, di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Che Elainee berkata, sebelum beliau bersetuju supaya kubur Nazrin digali semula, beliau turut berbincang perkara itu bersama dua lagi adiknya dan memakan masa lebih dua minggu, sebelum membuat keputusan berkenaan.
"Saya bincang bersama adik-beradik lama (untuk penggalian kubur Nazrin)...sebab ada masa kami mahu teruskan bedah siasat kedua...ada masa tidak mahu...lebih dua minggu perbincangan itu dibuat.
"Pertikaian saya berhubung punca kematian Nazrin adalah berdasarkan sijil kematian, dan bukan laporan bedah siasat (pertama), kerana saya tidak melihat laporan bedah siasat itu," katanya yang turut menambah, atas permintaan itu juga Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Oktober 2018, membenarkan polis menggali semula kubur mangsa.
Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin, serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17, dan 14, bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh mangsa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Perbicaraan bersambung Jumaat depan.
Bernama
Fri Jun 12 2020

Che Elainee (gambar) berkata, sebelum beliau bersetuju supaya kubur Nazrin digali semula, beliau turut berbincang perkara itu bersama dua lagi adiknya dan memakan masa lebih dua minggu, sebelum membuat keputusan berkenaan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.

Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.