KUALA LUMPUR : Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dijadikan sebagai pengukur rasuah di Malaysia merupakan persepsi dan tinjauan beberapa organisasi dan bukanlah kedudukan sebenar.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, terdapat beberapa kajian yang turut mengkritik CPI itu sebagai penunjuk atau pengukur rasuah dalam masyarakat dan tahap usaha memerangi rasuah di sesebuah negara.
“Rasuah di negara ini dilihat jauh lebih teruk berbanding negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia atau Vietnam.
“Jika dilihat CPI 2021, Malaysia sebenarnya beroleh markah kedua tertinggi selepas Singapura di Asia Tenggara, 48 dan di kedudukan ke-62 diikuti Vietnam, 87, Indonesia, 96 dan Thaland, 110.
“Kita tidak berbangga dengan kedudukan itu bahkan kita perlu dan boleh melakukan yang lebih baik. Inilah contoh bagaimana persepsi tidak selalu mencerminkan fakta dan realiti,” katanya ketika berucap pada program Sembang Eksekutif Media Elektronik dan Portal Bersama SPRM di Putrajaya, pada Khamis.
Bagaimanapun, kedudukan CPI itu juga tidak boleh ditolak sepenuhnya dan usaha untuk memerangi pemikiran tersebut perlu dilakukan segera untuk menolak rasuah dalam negara ini.
SPRM, katanya, memandang serius dan giat meneliti bagi melaksanakan tinjauan berasaskan bukti ini yang bukan sahaja boleh memperoleh data persepsi tetapi dapat mengumpul pengalaman dan insiden rasuah dalam masyarakat.
“Objektif tinjauan itu bukan hanya untuk mempamerkan kedudukan negara berbanding negara lain tetapi juga tinjauan yang holistik dan lengkap dapat membantu dalam merumuskan dan membangunkan langkah-langkah yang lebih tepat dan mantap untuk memerangi rasuah,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai ‘tangan ghaib’ melibatkan sesuatu kes, pihaknya menjelaskan SPRM mempunyai limitasi tertentu bagi setiap kes dan bukan semua maklumat boleh didedahkan kepada umum.
“Ada masa yang sesuai untuk kita jawab, tidak semua persoalan perlu dijawab kerana hampir setiap hari wujud pelbagai dakwaan.
“Kita tidak akan mampu untuk fokus bekerja jika kita hanya sibuk untuk menjawab semua persoalan yang berbangkit.
“Tidak guna kalau dengan cara itu kita popularkan pihak lain,” tambahnya.
Hilmi Malik
Thu Jul 21 2022
Azam berkata, meskipun bukan pengukur sebenar namun CPI tidak boleh ditolak sepenuhnya dalam usaha kerajaan memerangi rasuah di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Keciciran calon SPM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kod QR di BSI dilaksana dua minggu lagi
Pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR bagi aplikasi MyRentas di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dekat sini, dijangka mula beroperasi dalam tempoh dua minggu akan datang.
Lai Pei Jing jadi mangsa sindiket penipuan, wang simpanan lesap
Pemain berusia 31 tahun itu berkongsi insiden malang yang menimpa dirinya di media sosial.
Kereta terbabas di bulatan, pemandu Nissan GT-R maut
Seorang pemandu Nissan GT-R maut manakala penumpangnya cedera selepas kenderaan dinaiki terbabas di bulatan Kampung Sungai Melayu, pada Ahad.
SUV rempuh parkir gereja: 'Tiada unsur sabotaj, henti spekulasi' - Polis
Insiden sebuah SUV yang hilang kawalan sebelum terbabas dalam kawasan parkir Gereja St Ignatius, Petaling Jaya tidak melibatkan unsur sabotaj atau khianat.
Intervensi bukan kaedah baharu, mampu kurangkan keciciran calon SPM - Wong
Langkah itu lebih bersifat pemujukan dan memberi kesedaran kepada setiap calon berkaitan kepentingan menduduki peperiksaan tersebut.
Pasang CCTV lindung tukang jahit warga asing
Kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah selepas selesai proses dokumentasi.
Rebut kesebelasan utama, Safwan akui 'bergelut' saingi pemain senior
Safwan Mazlan mengakui bukan mudah menyaingi kehebatan pemain senior dalam usahanya menembusi kesebelasan utama Harimau Malaya.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Laporan upah pekerja (sektor formal) ST4 2023
Bilangan pekerja formal warganegara pada Disember 2023 adalah seramai 6,674.9 ribu orang dengan median upah bulanan RM2,900.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.
Tukar status tanah rizab Melayu satu kesalahan - SPRM
SPRM menggesa mana-mana pihak untuk salurkan maklumat berhubung sebarang penyelewengan berkait penukaran status tanah rizab Melayu.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tiada kes melibatkan suami Hannah Yeoh - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan sudah meneliti dan memeriksa hal berkaitan pemberian kontrak kerajaan negeri Selangor kepada Ramachandran, iaitu suami kepada Hannah Yeoh.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Projek Telaga Jejari: Empat termasuk dua bekas pegawai kanan syarikat air direman
Dua bekas pegawai kanan syarikat air dan dua konsultan pembinaan telaga direman tiga hari bagi membantu siasatan Projek Pembinaan Telaga Jejari.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tempoh setahun lagi, berkuat kuasa 12 Mei ini.
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.