Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah dengan Seremban merekodkan peningkatan mendadak sebanyak 41 jumlah kes positif, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 260 kes setakat 12 tengah hari semalam, berbanding 219 kes sehari sebelum itu.

Selain itu, daerah Hulu Langat turut mencatatkan tambahan kes positif iaitu 419 kes berbanding 388 kes, manakala kawasan Lembah Pantai meningkat daripada 496 kes kepada 515 kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,249 kes manakala kes terendah dengan masing-masing merekodkan satu kes di sembilan daerah iaitu Baling, Padang Terap, Bandar Bahru dan Sik di Kedah; Raub di Pahang; serta Sri Aman, Matu, Mukah, dan Lawas di Sarawak.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Antara kawasan yang menghampiri zon merah adalah Muar (40 kes) dan Kulai (37 kes) di Johor, Dungun di Terengganu (37 kes), Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang (38 kes), Kota Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah (39 kes).

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain di seluruh negara:

PerakKES
Hilir Perak65
Kinta93
Selangor
Sepang66
Petaling346
Hulu Langat419
Gombak133
Klang164
Hulu Selangor45
Kuala Lumpur
Cheras73
Kepong126
Lembah Pantai515
Titiwangsa116
Putrajaya54
Negeri Sembilan
Seremban260
Rembau53
Melaka
Jasin68
Melaka Tengah48
Pahang
Kuantan80
Jerantut70
Johor
Batu Pahat51
Kluang201
Johor Bharu183
Kelantan
Kota Bharu90
Sarawak
Kuching227
Kota Samarahan49
Sabah
Tawau71
JUMLAH3,666




-- BERNAMA