Universiti Awam (UA) mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam membuat sebarang keputusan melibatkan arahan penangguhan kelas pengajian susulan penularan jangkitan COVID-19.
Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata keputusan yang sama telah dilaksanakan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini, bagi memastikan kesihatan setiap warga universiti terjaga.
"Untuk universiti, mereka memang ada autonomi, sebagai contoh semasa masalah jerebu, universiti juga diberi autonomi untuk membuat keputusan atau penyusunan paling sesuai buat mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis prapelancaran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020, di sini malam Khamis.
Pesta buku itu akan berlangsung dari 27 Mac hingga 5 April depan di Pusat Dagangan Dunia (WTC - sebelum ini dikenali sebagai PWTC).
Media hari ini melaporkan pihak pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengarahkan semua penuntutnya untuk bercuti selama 10 hari bermula Khamis.
Ia sebagai langkah awal berjaga-jaga dalam usaha menangani penularan COVID-19 dan mencegah sebarang jangkitan di universiti itu.
Dalam pada itu, Teo berkata bagi penutupan sekolah kerajaan pula, ia akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Setakat ini, kita tidak ada terima arahan ataupun nasihat daripada KKM untuk tutup sekolah. Ini kerana belum ada pelajar yang disahkan positif (COVID-19).
"Aktiviti luar (kelas) setakat ini berjalan seperti biasa tetapi kalau kes menjadi semakin serius, jadi kami (KPM) akan bangkit isu ini kepada KKM untuk mendapatkan nasihat mereka," katanya.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 13 2020
Nie Ching berkata keputusan yang sama telah dilaksanakan UA apabila negara dilanda jerebu sebelum ini. -Foto BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Akta 852: KKM yakin kadar merokok menurun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan
Kementerian Kesihatan yakin prevalens kebangsaan merokok mampu turun kepada kurang 15 peratus tahun hadapan susulan penguatkuasaan Akta 852.
Akta 852: Langkah penting bentuk tingkah laku, pemikiran masyarakat
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang mula berkuat kuasa Selasa langkah dinantikan dan penting untuk negara.
Kawalan produk rokok: Akta 852 dikuatkuasakan secara berhemah - Dzulkefly
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) akan dikuatkuasakan secara berhemah dan munasabah.
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Kematian doktor: KKM tidak bertoleransi kes buli kakitangan - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan bertoleransi dengan sebarang perbuatan buli terhadap kakitangannya.
Kes demam denggi menurun pada ME 35, empat kematian dilaporkan
Bilangan lokaliti 'hotspot' yang dilaporkan pada ME 35 sebanyak 64 lokaliti berbanding 85 pada minggu sebelumnya.
Mpox: 25 kes disahkan negatif, 6 masih dalam pemantauan - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes dengan kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan terakhir ialah pada November tahun sama.
Kementerian Kesihatan Gaza terima lebih 1 juta dos vaksin polio
Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan lewat Ahad bahawa pihaknya menerima 1.26 juta dos vaksin polio.
Kuat kuasa Akta 852 di fasa akhir, dapatkan kelulusan AGC - Dr Dzulkefly
KKM mengambil sikap untuk memastikan peraturan dan perintah di bawah akta itu diperhalusi secara lebih tuntas.
Produk Kopi Pejuang dikesan ada racun berjadual tadalafil - KKM
Produk Kopi Pejuang dikesan mengandungi tadalafil iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.