Seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit COVID-19 digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Datuk Noh Gadut berkata ia boleh dilakukan di rumah masing-masing sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, yang sedang dikuatkuasakan sehingga 14 April ini.
"Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat COVID-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat COVID-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan COVID-19 ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Noh berkata walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
"Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan COVID-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini... pahalanya berganda-ganda," katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat COVID-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020
Noh berkata walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.
Manchester United diaibkan Bournemouth di Old Trafford
Amorim mempertaruhkan bintang Belanda Joshua Zirkzee di bahagian depan dibantu Bruno Fernandes dan Amad Diallo di bahagian tengah.
Kerajaan gariskan 5 keutamaan utama penggunaan AI di Indonesia
Kementerian Kesihatan menggunakan AI untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan dan memperbaiki ketepatan diagnosis.
Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.
Piala Malaysia: Sri Pahang tempah tiket separuh akhir
Kejayaan Skuad Tok Gajah ini disahkan menerusi kemenangan agregat 4-3.
Ratusan hadir upacara berkabung di Magdeburg selepas serangan pasar Krismas
Keluarga dan orang ramai dari pelbagai peringkat umur datang ke gereja Johanniskirche, tempat utama untuk upacara berkabung itu.
Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung sempena cuti sekolah
Kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu.
Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.