Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahkan beliau telah menjalani kuarantin diri pada peringkat awal berlakunya jangkitan COVID-19 di negeri ini.
Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Jabatan Kesihatan mengeluarkan perintah menjalani kuarantin diri kepada rakan sejawatnya Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rabu.
"Saya juga pernah menjalani kuarantin... pada peringkat awal (jangkitan) apabila kes positif nombor 33 datang ke Kuching. Memang disyaratkan untuk menjalani kuarantin diri selama 14 jika anda mempunyai kontak rapat atau kontak kasual semasa mesyuarat atau berada berdekatan dengan kes positif," katanya.
Beliau berkata orang ramai perlu faham bahawa prosedur itu bukan menunjukkan individu yang menjalani kuarantin sudah terkena jangkitan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga dan untuk pemantauan oleh pihak berkuasa perubatan.
"Jangan kata dia kena jangkitan COVID-19. Itu kata-kata yang salah. Ia sebenarnya kuarantin. Tiada apa-apa simptom langsung," katanya.
Terdahulu pada Khamis, Bernama diberitahu oleh Saiful Bahari Abdul Ghani iaitu pegawai media Awang Tengah bahawa perintah kuarantin diri yang dikeluarkan terhadap Awang Tengah adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan tidak berkaitan dengan keadaan kesihatannya.
Beliau berkata Awang Tengah memberitahunya bahawa beliau sihat dan duduk di rumah berikutan perintah kuarantin itu dan telah meminta Saiful Bahari untuk menyiarkan statusnya itu di laman Facebook peribadinya (Saiful Bahari).
"Dalam perbualan dengannya, beliau memberitahu saya bahawa perintah kuarantin dikeluarkan berikutan seorang daripada pegawai yang menghadiri mesyuarat yang dipengerusikannya pada 27 Mac dilaporkan positif COVID-19," katanya.
Menurut Saiful Bahari, mesyuarat itu diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pengamal media dan Awang Tengah hanya mengadakan sidang akhbar tiga hari kemudian di lokasi yang berbeza.
"Berita mengenai beliau perlu menjalani kuarantin mungkin telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengamal media yang menghadiri sidang akhbar itu dan mereka boleh menjalani pemeriksaan kesihatan dan menjalani kuarantin diri, demi untuk keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 03 2020
![COVID-19: Uggah dedah pernah jalani kuarantin pada peringkat awal jangkitan COVID-19: Uggah dedah pernah jalani kuarantin pada peringkat awal jangkitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51585303839_DouglasUggahEmbas.jpg)
Uggah menjelaskan, individu yang menjalani kuarantin bukan bermakna sudah terkena jangkitan tetapi sebagai langkah berjaga-jaga. Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720601158_buaya.jpg)
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
![SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720875674_tbAmarAwangTengah.jpg)
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
![Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701244872_TBAmarAwangTengah.jpg)
Lima lagi daratan di Sarawak diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya
Sarawak telah menetapkan lima lagi kawasan daratan untuk diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) bagi mencapai sasaran satu juta hektar kawasan berkenaan menjelang 2025.
![PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698758289_TBamarawang.jpg)
PRK Jepak: Jangan hiraukan pujukan untuk tidak keluar mengundi - Awang Tengah
Cubaan untuk mengelirukan pengundi itu boleh menjejaskan peratusan turun mengundi dalam PRK itu.
![PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697968544_PRKJepakGPSmani.jpg)
PRK Jepak: GPS akan umum manifesto - Awang Tengah
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memperkenalkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dalam masa terdekat.
![Kenal pasti rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM, juruaudit Kenal pasti rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM, juruaudit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41693357790_TBAmarAwangTengah.jpg)
Kenal pasti rasuah bukan hanya tanggungjawab SPRM, juruaudit
Sebaliknya, Awang Tengah berkata, tugas itu merupakan tanggungjawab semua, terutamanya mereka yang berada dalam perkhidmatan awam.
![Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691918750_AmarAwangTengahAl.jpg)
Kemerdekaan ialah bebas corak negara ikut acuan sendiri - Awang Tengah
Kebebasan penting bagi memastikan Malaysia dibentuk tanpa pengaruh luar, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang betul.
![Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668650117_TBamarawang.jpg)
Pan Borneo: Sarawak dapatkan kelulusan lalui sebahagian kawasan wilayah Brunei
Kerajaan Sarawak sedang melihat persepakatan dari Brunei berhubung cadangan semula pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) menghubungkan Sarawak dan Sabah yang akan melalui sebahagian kawasan negara itu.
![Sarawak hanya terima lima peratus Bajet Pembangunan Negara - Awang Tengah Sarawak hanya terima lima peratus Bajet Pembangunan Negara - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669880700_TBamarawang.jpg)
Sarawak hanya terima lima peratus Bajet Pembangunan Negara - Awang Tengah
Awang Tengah menegaskan kerajaan baharu ini juga perlu menyediakan Sarawak dengan peruntukan yang lebih banyak bagi merapatkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
![Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/81588149681_TBAwangTengahAliHas.jpg)
Bintulu terima pelaburan lebih RM44 bilion menjelang 2023 - Awang Tengah
Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Ltd Thailand dijangka menyuntik pelaburan berjumlah AS$10.0 bilion (RM44.1 bilion) untuk mengkomersialkan gas masam di kawasan luar pesisir Sarawak.