Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada, selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.
“Kalau kita dengar pendapat doktor-doktor ataupun bagi peluang dengan penubuhan satu badan di mana doktor dan pakar perubatan dengan kepakaran masing-masing boleh mewakili orang ramai.
“Mereka boleh mendedahkan masalah dan kita sama-sama fikir cara mana kita nak tangani. Kita perlu ada jalan penyelesaian. Apa yang dilakukan ketika ini adalah terhad.
“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham adalah seorang doktor yang baik tetapi satu orang punya pendapat tidak cukup. Pada masa ini kita perlu pendapat ramai orang lain yang cukup ilmu yang boleh sumbang kepada usaha kita memerangi COVID-19,” katanya menerusi program AWANI Pagi pada Ahad.
COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Malah jelasnya, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada masalah sosial dan ekonomi dan ia perlu ditangani dengan baik.
“Saya harap kerajaan ambil berat pandangan ini kerana mereka merupakan pakar dalam bidang perubatan.
“Selain daripada itu, kerajaan juga perlu beri tumpuan kepada masalah sosial dan ekonomi kerana ramai rakyat kita yang hilang pekerjaan.
“Semua ini perlu ditangani kerajaan, tetapi saya dapati tidak ada tumpuan kepada masalah ini,” ujarnya.