Tujuh rakyat Malaysia antara 942 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes di republik ini sebanyak 5,992.
Berikutan tujuh kes baharu itu, kini terdapat sebanyak 92 rakyat Malaysia dijangkiti virus corona di sini.
Menurut data harian terbaru dikeluarkan Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dua daripada mereka ada kaitan dengan dua pekerja asing yang dijangkiti di asrama iaitu Asrama Tuas View dan Sungei Tengah Lodge.
BACA: COVID-19: Singapura catat 942 kes baharu, jumlah terkini 5,992
MOH berkata kes 4,754, rakyat Malaysia berumur 40 tahun, meninggal dunia hari ini tetapi bukan akibat komplikasi jangkitan COVID-19.
Punca kematian akibat bekalan darah ke jantung tersekat berserta serangan kardiogenik, kata kementerian itu dan menurutnya lelaki itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 17 April.
Daripada 942 kes baharu, MOH berkata 22 kes dalam komuniti: 27 pemegang Permit Kerja yang tinggal di luar asrama manakala 893 pemegang Permit Kerja yang duduk di asrama.
Selain daripada TTJ Design & Engineering Pte Ltd, Singapura melaporkan dua lagi kluster baharu iaitu di Homestay Lodge di Kaki Bukit Avenue 3; dan Asrama CDPL Tuas di Tuas South Street 15.
Setakat ini, 740 kes COVID-19 telah dibenarkan discaj daripada hospital atau fasiliti isolasi komuniti.
Daripada 2,563 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil dan bertambah baik, manakala 23 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
MOH berkata 2,678 kes berada dalam keadaan baik dari segi klinikal tetapi masih positif COVID-19 telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Singapura setakat ini melaporkan 11 kematian akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 18 2020

Berikutan tujuh kes baharu itu, kini terdapat sebanyak 92 rakyat Malaysia dijangkiti virus corona di sini. - Gambar fail/BERNAMA

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

COVID-19: Tujuh rakyat Malaysia antara 942 kes baharu di Singapura
Tujuh rakyat Malaysia antara 942 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes di republik ini sebanyak 5,992.