PUTRAJAYA: Terdapat tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan enam kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Berikut perincian kesemua kluster berkenaan:

KLUSTER TAMAN ALAM

-Kes melibatkan daerah Petaling, Selangor
-Kes dikesan positif pada 1 Mac hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 171 individu disaring, 23 positif.

KLUSTER JALAN MAWAR

-Kes melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 25 Februari hasil saringan bersasar pekerja syarikat pemberishan.
-Seramai 72 individu disaring, 10 positif.

KLUSTER SEMENTA 27

-Kes melibatkan daerah Petaling, Klang, Kuala Selangor, dan Kuala Langat, Selangor.
-Kes dikesan positif pada 30 Januari hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 86 individu disaring, 13 positif.

KLUSTER JALAN DPB ENAM

-Kes melibatkan daerah Johor Bahru, Johor.
-Kes dikesan positif pada 2 Mac hasil saringan bersasar pekerja kilang.
-Seramai 80 individu disaring, 36 positif.

KLUSTER JALAN CYBER SATU

-Kes melibatkan daerah Kulai dan Kota Tinggi, Johor.
-Kes dikesan positif pada 27 Februari hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 63 individu disaring, sembilan positif.

KLUSTER PERSIARAN BAYAN INDAH

-Kes melibatkan daerah di Seberang Perai Pulau Pinang.
-Kes dikesan positif pada 17 Februari hasil saringan individu bergejala.
-Seramai 83 individu disaring, 25 positif.

KLUSTER JALAN BUKIT BLOSSOMS

-Kes melibatkan daerah Seremban, Negeri Sembilan
-Kes dikesan positif pada 28 Februari hasil saringan pusat jagaan warga emas.
-Seramai 40 individu disaring, 18 positif.

[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes COVID-19 - 02 Mac 2021