KUALA LUMPUR:Top Glove Corporation Bhd disaran memberi suntikan vaksin kepada semua pekerja syarikat itu, termasuk warga Bangladesh, apabila vaksin COVID-19 tersedia kelak.
Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md Golam Sarwa berkata penting bagi pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu menjaga keselamatan pekerja dalam saat sukar ini bagi memastikan pengeluaran tidak terjejas untuk jangka masa panjang.
"Melabur untuk kesejahteraan pekerja adalah langkah paling bijak majikan kerana pekerja ceria dan sihat boleh memberi manfaat kepada syarikat."
Beliau berkata demikian pada perbincangan secara sidang video dengan pegawai Top Glove termasuk Pengerusi Eksekutif Tan Sri Dr Lim Wee Chai pada Jumaat, lapor Sinar Harian.
Turut serta, Kaunselor Buruh Kedutaan Nepal di Malaysia, Deepak Dhakal.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Top Glove atas inisiatif menaik taraf perumahan pekerja am dan diharapkan usaha murni itu akan diteruskan.
Mengenai kontroversi keadaan tempat tinggal pekerja Top Glove, Sarwa berpendapat dialog antara kedua-dua pihak adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.
Sementara itu, Lim berikrar syarikatnya akan memberi suntikan vaksin kepada semua kakitangan selain memastikan kesihatan fizikal dan mental pekerjanya dalam keadaan baik.
Pengeluar sarung tangan utama dunia itu sebelum ini terpalit dengan isu berkaitan kesejahteraan pekerja dan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Syarikat itu juga menjadi tumpuan utama media apabila Teratai Kluster menjadi kluster Covid-19 terbesar di Malaysia.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021
Top Glove Corporation Bhd disaran memberi suntikan vaksin kepada semua pekerja syarikat itu, termasuk warga Bangladesh, apabila vaksin COVID-19 tersedia kelak. -Gambar fail
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Kerugian teras Top Glove diunjur susut kepada RM83 juta pada 4QFY23 - RHB Investment
Pelanggan kumpulan itu akan kehabisan inventori menjelang separuh kedua 2024 dan ia akan mendorong kepada pesanan yang lebih konsisten.
Sektor sarung tangan diunjur terus catat kerugian kesan saingan sengit pasaran
Ketiga-tiga pembuat sarung tangan di bawah liputan mereka telah melaksanakan langkah rasionalisasi kapasiti seperti penutupan kilang dalam usaha untuk mengurangkan bekalan pasaran.
Bursa Malaysia terus ditutup rendah susulan jualan berterusan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.66 mata atau 0.32 peratus kepada 1,424.89 daripada 1,429.55 ketika ditutup semalam.
Top Glove jangka harga jualan purata sarung tangan terus susut
Lim menyatakan bahawa penurunan dalam ASP sarung tangan semakin perlahan, menunjukkan bahawa aliran menurun tidak akan berterusan selama-lamanya.
Top Glove catat kerugian bersih RM168.24 juta pada suku pertama
Hasil Top Glove juga merosot kepada RM632.53 juta daripada RM1.61 bilion sebelumnya.
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Top Glove, Hartalega kemungkinan 'hilang' kedudukan utama dalam KLCI
Sektor sarung tangan getah dijangka terus berdepan tekanan ASP, yang diburukkan lagi dengan kos operasi lebih tinggi.
Pendapatan suku ketiga Top Glove susut susulan normalisasi permintaan, purata harga jualan
Keuntungan bersih Top Glove Corp Bhd susut kepada RM15.29 juta pada suku ketiga berakhir 31 Mei, 2022 berbanding RM2.04 bilion pada tahun sebelumnya.
Perang Rusia-Ukraine beri kesan minimum ke atas jualan Top Glove
Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Lim Wee Chai berkata secara dasarnya, langkah mitigasi yang perlu telah dilaksanakan pihaknya.