IPOH: Setelah mendapat nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan bahawa takbir raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di seluruh negeri itu.
Bagaimanapun, takbir raya di semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) masih dibenarkan.
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata solat berjemaah, solat Jumaat, solat jenazah, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan di kawasan-kawasan berkenaan, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
“Di kawasan PKP dan PKPB mengikut had ketetapan bilangan jemaah seramai 120 orang di semua masjid, surau diri Jumaat dan surau di seluruh negeri Perak,” katanya dalam pekeliling yang diedarkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Jemaah masjid dan surau di seluruh negeri.
Mohd Yusop bagaimanapun berkata bilangan itu dikecualikan bagi masjid-masjid negeri dan daerah yang dibenarkan had maksimum 250 jemaah, tidak termasuk pegawai masjid dan anggota jawatankuasa kariah dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah.
Beliau menambah, bagi masjid dan surau di kawasan PKPP pula, bilangan jemaah adalah mengikut kapasiti sebenar, dengan menetapkan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah.
Di samping itu, katanya, jamuan Hari Raya selepas solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP sahaja.
Menurutnya, ziarah kubur juga hanya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP tetapi terhad kepada enam orang bagi setiap petak kubur dan tidak melebihi 30 minit.
Mohd Yusop berkata semua aktiviti keagamaan itu bagaimanapun tidak dibenarkan di kawasan PKP Diperketatkan (PKPD).
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 10 2021
![COVID-19: Takbir raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan - Jabatan Agama Islam Perak COVID-19: Takbir raya dari rumah ke rumah tidak dibenarkan - Jabatan Agama Islam Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619173219_solatsunatterawih.jpg)
Solat berjemaah, solat Jumaat, solat jenazah, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan di kawasan-kawasan berkenaan, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718595174_AnwarIbrahim.jpg)
Aidiladha disambut meriah seluruh negara, pemimpin utama sertai rakyat tunai solat sunat
Sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh negara hari ini meriah dengan kebanyakan masjid dipenuhi jemaah yang termasuk pemimpin serta ketua-ketua negeri.
![Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679308001_PersatuanAutomotif.jpg)
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
![Pengorbanan raya Harimau Muda Pengorbanan raya Harimau Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712723050_harimaumuda.jpg)
Pengorbanan raya Harimau Muda
Tonggak pertahanan B-23 negara, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili berkata, pemain sedia berkorban demi negara selain sudah biasa beraya bersama pasukan di perantauan.
![Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712662991_ketupat.jpg)
Umat Islam di Malaysia sambut Hari Raya Aidilfitri esok
Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.
![Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712497496_bajurayakucingai.jpg)
Raya bersama 'si bulus', prihatin keperluan elak panik
Aspek persiapan kucing juga harus menitikberatkan kepada keadaan kucing selepas kembali pulang ke rumah, pasca hari raya.
![Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712591935_BulanTiada.jpg)
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
![RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710556290_tbbelibelah.jpg)
RM500 jumlah ideal perbelanjaan raya seorang lelaki - Presiden BESS
Seorang lelaki wajar berbelanja sehingga RM500 untuk kelengkapan hari raya.
![Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712158422_LokmanJamaan.jpg)
Op Khas HRA 2024: JPJ keluarkan 14,683 notis pelbagai kesalahan
Sebanyak 7,785 notis membabitkan motosikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya ditetapkan.
![Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711499190_FadzliHassan.jpg)
Tiada 'bonus raya' bagi penjawat awam Kelantan
Bantuan khas kewangan RM2,000 yang diberi oleh Menteri Besar kepada penjawat awam pada November lepas dianggap sebagai 'bonus raya'.
![Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711005509_TBdsaijpg.jpg)
Kerajaan pertimbang beri bonus raya kepada penjawat awam - PM
Kerajaan juga dalam penelitian pelarasan skim persaraan penjawat awam yang akan diumumkan dalam waktu terdekat.