KRISIS wabak COVID-19 telah menjejaskan banyak pihak di seluruh dunia sama ada entiti pemerintahan sesebuah negara, syarikat, mahupun individu.
Malaysia turut terkesan secara langsung dengan krisis ini, lebih-lebih lagi apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac yang lalu.
Menurut Perdana Menteri dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Pekerja baru-baru ini, negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion sehari, menjadikan jumlah kerugian keseluruhannya dianggarkan RM63 bilion sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Impak negatif ekonomi ini akan menjejaskan banyak sektor perniagaan khususnya sektor pengangkutan udara (pesawat komersial), pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Desas-desus penutupan perniagaan dan pembuangan pekerja ekoran wabak COVID-19 ini semakin hangat diperkatakan terutamanya dalam media sosial.
Natijahnya, kita menyaksikan Ramada Plaza Hotel iaitu sebuah hotel bertaraf 5 bintang dan antara hotel tertua di Melaka telah mengumumkan penutupan operasi mereka bermula 30 Jun nanti kerana operasinya yang terjejas teruk.
Maka timbul persoalan apakah entiti perniagaan di negara ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghadapi situasi kecemasan seperti ancaman pandemik COVID-19 ini?
Berdasarkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (Federal Emergency Management Agency – FEMA) USA, terdapat empat fasa dalam pengurusan kecemasan iaitu pengurangan (mitigation), preparedness (persediaan), tindakan (response) dan pemulihan (recovery).
Oleh itu, bagi memastikan sesuatu organisasi mampu bertahan, mereka harus menyediakan pelan perancangan yang menyeluruh dalam menghadapi kesemua fasa tersebut secara efektif kerana sekitar 40 hingga 60 peratus PKS tidak dapat beroperasi semula selepas menghadapi sesuatu bencana atau krisis.
Secara dasarnya, boleh dikatakan kebanyakan entiti perniagaan di negara ini memang mempunyai pelan persediaan dan tindakan kecemasan (emergency preparedness and response plan – ERP) dalam menghadapi situasi kecemasan tertentu terutamanya ancaman kebakaran kerana ia menjadi salah satu syarat wajib yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan pihak berkuasa tempatan untuk memperolehi Perakuan Bomba dan lesen perniagaan sebelum premis mereka boleh mula beroperasi.
Namun kebanyakannya tidak menekankan fasa pemulihan (recovery) yang merupakan elemen terpenting bagi menentukan kelangsungan sesebuah perniagaan, di mana dalam fasa ini sesebuah perniagaan harus mengambil segala langkah yang perlu bagi membolehkan perniagaan mereka kembali beroperasi secara normal sesudah sesuatu krisis berlaku.
Secara ringkasnya, rata-rata entiti perniagaan tidak bersedia untuk menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat dari pandemik COVID-19 ini kerana gagal menyediakan pelan kelangsungan perniagaan (business continuity plan – BCP) iaitu satu pelan perancangan yang membolehkan sesebuah organisasi untuk bertindak balas, memulih, mengembalikan dan memulakan semula operasi mereka setelah berlakunya sesuatu gangguan (disruption) atau krisis.
Hal ini disahkan oleh Dr Edly Ferdin Ramly berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh beliau melalui audit sistem pengurusan kualiti yang dijalankan pada 2019 terhadap lebih 70 syarikat yang beroperasi di Malaysia.
Beliau yang merupakan Pengarah Persijilan di EFR Certification dan Felo Kehormat Persatuan Antarabangsa Kejuruteraan Industri dan Pengurusan Operasi (IEOM Society International) menyatakan bahawa walaupun ada beberapa syarikat yang mempunyai BCP terutamanya syarikat multinasional, namun pelan tersebut tidak mengenalpasti ganguan dari pandemik yang menyebabkan PKP dikeluarkan kepada hampir semua syarikat dalam rantaian bekalan kecuali kepada perkhidmatan perlu (essential services).
"Kesan paling besar yang dihadapi oleh syarikat pada masa ini ialah kehilangan punca pendapatan dan berkemungkinan besar menghadapi pengurangan permintaan pada fasa pasca pandemik COVID-19 nanti," tambah beliau.
Sebagai cadangan bagi menghadapi krisis COVID-19 ini atau apa-apa wabak pandemik yang mungkin berlaku pada masa akan datang, Edly mencadangkan agar semua organisasi termasuk jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan entiti perniagaan untuk membangunkan atau menambahbaik BCP sedia ada mengikut standard standard antarabangsa Sistem Pengurusan Kelangsungan Perniagaan – ISO22301 (Business Continuity Management System – BCMS), serta menjalankan pelbagai persediaan awal untuk mengurangkan risiko dan kesan terhadap apa-apa ganguan kepada kelangsungan penyampaian organisasi.
Selain itu, organisasi tersebut juga digalakkan untuk mendapatkan persijilan ISO22301 untuk memastikan sistem pengurusan kelangsungan perniagaan tersebut dibangunkan dengan berkesan.
Menurut ISO22301 versi 2019, BCP dibangunkan melalui rangka kerja sistem pengurusan kelangsungan perniagaan termasuk mengenalpasti aktiviti utama (prioritised activity), mengenalpasti jenis-jenis ganguan (disruption) dan merangka strategi untuk bertindak balas selaras dengan matlamat kelangsungan perniagaan.
* Ts. Mohd Soffian Osman merupakan Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy Sdn. Bhd.
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Ts Mohd Soffian Osman
Sat May 09 2020
Persijilan ISO22301 mampu memastikan sistem pengurusan kelangsungan perniagaan (BCMS) sesebuah organisasi dibangunkan dengan berkesan. Foto ihsan Dr Edly Ferdin Ramly
F1: Hamilton menangis selepas menang GP Britain
Juara dunia tujuh kali itu menangis ketika bercakap melalui radio pasukan pada pusingan akhir.
AWANI Pagi: Banci Pertanian: Kukuhkan Rantaian Data Pertanian Negara
Banci Pertanian 2024 berlangsung di seluruh negara bermula 7 Julai. Apakah impaknya terhadap rakyat untuk jangka masa panjang dan data rantaian makanan negara?
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
Ikuti huraian lanjut bersama Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin bersama #AWANIPagi
EURO 2024: Barcelona menantikan wang pampasan ekoran kecederaan Pedri
Pedri mengesahkan dia akan kekal bersama skuad itu, namun tidak akan bermain lagi dalam kejohanan tersebut.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [08 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
- Maal Hijrah: Jangan jadikan media sosial tempat berbalah, sebar aib - Agong
- LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
- Analisis kerjasama BN dan PH untuk PRU-16
#AWANInews #AWANIPagi
EURO 2024: 'Saya penat' - Kylian Mbappe
Mbappe mendapati dirinya menjadi pusat kritikan kerana prestasi individu dan kolektif yang lemah walaupun mara ke separuh akhir.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Op Noda: 46 ditahan dalam serbuan di pusat hiburan
Polis menyerbu premis hiburan di Plaza Puchong, Cheras yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja sah, pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Tolak rasuah: Anwar seru NGO, gerakan belia tolak salah guna kuasa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
PM Perancis serah peletakan jawatan pada Isnin
Gabriel Attal pada Ahad berkata beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
COVID-19: Syarikat terperangkap tanpa persediaan pelan kelangsungan perniagaan
Desas-desus penutupan perniagaan dan pembuangan pekerja ekoran wabak COVID-19 ini semakin hangat