PUTRAJAYA: Pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” yang akan tamat pada 31 Disember 2022, telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2023, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, langkah itu diambil susulan kebimbangan penularan baharu dalam negara selepas China menamatkan dasar zero-COVIDnya, dan rakyat di negara itu dilihat bebas mengembara biarpun positif COVID-19.
Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, lanjutan pengisytiharan itu dilakukan bagi memudah cara Kementerian Kesihatan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan COVID-19 menggunakan peruntukan di bawah P.U. (A) 83/22.
“Pelanjutan ini telah diwartakan pada 27 Disember 2022 melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No.2) 2022 [P.U. (A) 397/2022],” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, KKM menggariskan empat strategi utama bagi mengawal penularan COVID-19 di negara ini, termasuk melindungi komuniti melalui pemberian vaksin termasuk kumpulan rentan dan berisiko tinggi.
“Bagi menggalakkan pengambilan vaksin dalam kalangan kumpulan yang berisiko tinggi, KKM menawarkan pemberian vaksin secara walk-in (tanpa perlu membuat janji temu terlebih dahulu) di klinik kesihatan dan hospital KKM bermula 9 Januari 2023.
“Mereka yang belum melengkapkan dos primer atau dos penggalak boleh membuat janji temu melalui MySejahtera atau menghubungi Klinik Kesihatan berhampiran,” katanya lagi.
Dr Zaliha berkata, kumpulan berisiko tinggi diletakkan di bawah tiga kategori – kes komorbiditi termasuk penyakit kronik; warga emas berusia 60 tahun ke atas; atau individu berisiko mendapat gejala teruk, dan komplikasi akibat jangkitan COVID-19.
Selain itu, beliau berkata, rawatan ubat antiviral Paxlovid (nirmatrelvir/ritonavir) juga disediakan kepada pesakit COVID-19 mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Bagi tujuan tersebut, Dr Zaliha berkata, KKM sentiasa memastikan ketersediaan antiviral di semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan yang dikenalpasti.
Selanjutnya beliau berkata, KKM sentiasa mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respon sistem perkhidmatan kesihatan awam bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.
“Pengukuhan pengurusan COVID-19 melalui pendigitalan dilaksanakan dengan pendekatan FTTIS (Find, Test, Trace, Isolate and Support) yang diautomasikan.
“Melalui pendekatan ini, individu yang menjalani ujian pengesanan COVID-19 kendiri boleh melaporkan keputusan ujian mereka ke dalam aplikasi MySejahtera – selain melakukan ujian tersebut di fasiliti kesihatan.
"Keputusan ujian akan segera dikemas kini dalam MySejahtera pengguna,” katanya lagi.
Dr Zaliha berkata, kes positif akan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order; HSO) dan juga Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order; RO) secara digital dan tidak perlu hadir secara fizikal di Pejabat Kesihatan Daerah mahupun Pusat Penilaian COVID-19 (COVID-19 Assessment Center, CAC).
Selain itu, jelasnya lagi, KKM akan memastikan semua CAC beroperasi secara fizikal mahupun secara maya.
CAC di klinik yang dikenal pasti bersedia untuk menerima kedatangan / panggilan pesakit yang tinggi untuk membuat penilaian terhadap pesakit yang disahkan positif jangkitan COVID-19.
Firdaus Azil
Fri Dec 30 2022
DR ZALIHA: Lanjutan pengisytiharan itu bagi memudah cara KKM menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan COVID-19. -Gambar fail/Bernama
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
COVID-19: Status Malaysia sebagai 'kawasan tempatan berjangkit' dilanjut hingga 30 Jun 2023
Lanjutan pengisytiharan itu bagi memudah cara KKM menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan COVID-19.