JOHOR BAHRU:Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Oktober susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penutupan kedua-dua sekolah berkenaan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sebuah sekolah ditutup berikutan seorang murid darjah khas disyaki terkena jangkitan daripada ibunya yang positif COVID-19. Murid berkenaan telah menjalani ujian swab dan sedang menunggu keputusan ujian manakala sebuah lagi sekolah disaran tutup oleh KKM," katanya menerusi aplikasi WhatsApp di sini, hari ini.
Beliau berkata penutupan Sekolah Agama Taman Cempaka membabitkan seramai 1,072 murid dan 17 guru manakala Sekolah Agama Kempas membabitkan 1,790 murid dan 26 guru.
Sementara itu di KOTA BHARU, Kelantan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua surau dan masjid di seluruh negeri Kelantan menangguhkan aktiviti kuliah-kuliah agama, berkuat kuasa serta merta hari ini.
Yang Dipertua MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, penangguhan sehingga 27 Oktober itu termasuk kuliah Subuh, kuliah Maghrib, kuliah Dhuha dan kuliah-kuliah lain dan juga kelas-kelas al-Quran.
Beliau berkata perkara itu turut mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang juga sebagai Ketua Agama Islam mengikut peruntukan Perkara 6 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan bagi penangguhan kuliah-kuliah agama di masjid seluruh negeri ini.
"Tindakan ini diambil memandangkan berlaku peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara termasuk di Kelantan sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, solat fardhu dan solat sunat boleh dilaksanakan seperti biasa dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 25 2020
Penutupan Sekolah Agama Taman Cempaka membabitkan seramai 1,072 murid manakala Sekolah Agama Kempas membabitkan 1,790 murid. -Gambar fail
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
COVID-19: Sekolah Agama Taman Cempaka, Sekolah Agama Kempas ditutup seminggu
Sekolah Agama Taman Cempaka dan Sekolah Agama Kempas di bandar raya ini diarah tutup selama seminggu mulai hari ini sehingga 31 Okt, susulan kes terbaharu COVID-19 di kawasan berkenaan.