KUALA LUMPUR : Program vaksinasi yang bergerak pantas di Lembah Klang adalah faktor utama pola penurunan kes harian dan kadar kemasukan pesakit yang menerima rawatan di hospital.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Prof Madya Dr Malina Osman, kadar vaksinasi di negeri-negeri lain perlu digerakkan dengan lebih intensif selain memastikan garis panduan ditetapkan dituruti sebaiknya.
“Pada masa ini saya dapati, penyumbang utama kepada kes penurunan di Lembah Klang adalah kadar vaksinasi yang dicapai agak singkat.
"Maksudnya, kita dapat lakukan secara intensif dengan menyuntik seramai yang mungkin," kata pensyarah Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu.
Menurutnya, sejak dua minggu lepas, negara menyaksikan pola penurunan di Lembah Klang, susulan itu, aktiviti pemvaksinan sama diharap dapat dilakukan di negeri-negeri luar Selangor.
“Namun kita difahamkan kekangan bekalan vaksin yang menyebabkan sebahagian besar program vaksinasi tidak dapat dilaksanakan.
"Jadi, apa yang boleh dilakukan ketika ini, terutamanya negeri di luar Selangor adalah, komitmen terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) perlu diteruskan,” jelasnya.
Dr Malina berkata demikian menerusi program AWANI Pagi yang membincangkan topik “Mampukah negara merdeka dari COVID-19?” hari ini.
Mengambil contoh di Sarawak pula, beliau menjelaskan, jumlah kes harian semakin mencatatkan peningkatan di sebalik kadar vaksinasi yang tinggi.
Namun difahamkan, kadar kemasukan ke wad bagi kategori 3-5 yang memerlukan rawatan berkurangan.
Bagaimanapun, orang ramai perlu lebih berhati-hati kerana pertambahan kes boleh menyebabkan kesesakan di hospital dan melumpuhkan sistem kesihatan awam.
Mengulas mengenai kelonggaran yang diberikan kepada penerima lengkap vaksin, demi meneruskan kelangsungan ekonomi dan kehidupan sosial, semua pihak perlu bekerjasama.
Sementara itu, Dr Malina menjangkakan, sehingga akhir tahun ini perang terhadap pandemik COVID-19 masih perlu diteruskan.
Bagi memastikan negara dapat merdeka dari COVID-19, ia memerlukan kerjasama jitu pelbagai pihak, katanya.
“Dalam beberapa bulan akan datang saya mengharapkan selepas melalui pengalaman getir dalam tempoh setahun setengah ini, kita perlu teruskan perjuangan sama sehingga akhir tahun.
“Apa yang boleh kita lakukan adalah, bukan sahaja melihat kepada aspek yang perlu dilakukan oleh kerajaan, tetapi beri kerjasama sebaiknya kepada agensi berkenaan.
“Orang ramai juga perlu terus mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan kes, peningkatan kes.
"Jadi, kerjasama dua-dua pihak perlu bagi memastikan apa yang diharapkan sebagai jalan keluar dari pandemik, dapat dilaksanakan,” ujarnya.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed Sep 01 2021
Dr Malina berkata, orang ramai perlu berhati-hati kerana pertambahan kes boleh menyebabkan kesesakan di hospital dan melumpuhkan sistem kesihatan awam. - Gambar hiasan
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Malaysia perlu ikut langkah Jepun ketatkan sekatan perjalanan dari China - Pakar Kesihatan Awam
Negara perlu melakukan langkah pencegahan awal bagi mengekang kes COVID-19 yang berlaku pada permulaan pandemik daripada berulang.
Gelombang baharu COVID-19: Amal langkah pencegahan, golongan berisiko perlu dapatkan dos penggalak
Individu yang belum lengkap vaksinasi dan mereka yang memerlukan dos penggalak kedua dinasihatkan segera berbuat demikian bagi menghadapi gelombang baharu COVID-19 yang dijangka tidak lama lagi.
COVID-19: Kes harian meningkat, 'wake-up call' untuk semua - Dr Malina
Peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini sepatutnya menjadi 'wake up call' kepada semua pihak dalam meningkatkan usaha menangani penularan varian Omicron.
COVID-19: Segerakan vaksinasi di negeri-negeri catat peningkatan kes harian - Dr Malina
Menurut Pakar Kesihatan Awam UPM, Prof Madya Dr Malina Osman, kadar vaksinasi di negeri-negeri lain perlu digerakkan dengan lebih intensif.
Masyarakat harus diberi maklumat tepat mengenai vaksin COVID-19 - Wilson Ugak
Pendidikan dan maklumat yang tepat mengenai sesuatu vaksin harus disampaikan kepada masyarakat.
Selagi tidak capai imuniti kelompok, penangguhan aktiviti sosial wajar - Pakar kesihatan
Penangguhan aktiviti sosial termasuk aktiviti korban sempena Hari Raya Aidiladha disifatkan wajar memandangkan negara masih belum mencapai imuniti kelompok.
COVID-19: Varian delta bertindak agresif, jangkitan tanpa disedari - Pakar
Penemuan varian baharu COVID-19 yang dikenali sebagai delta disifatkan agresif dan merebak dengan pantas selain ia telah dikesan di beberapa negara lain termasuk di negara ini.
COVID-19: KKM, KPT perlu buat penyelidikan segera mengenai varian baharu - Pakar
Penyelidikan lebih mendalam perlu dilakukan segera bagi mendapatkan data mengenai varian baharu itu.
Ikut SOP ditetapkan, golongan rentan tidak digalakkan rentas negeri - Pakar Kesihatan Awam
Golongan rentan terutamanya warga emas tidak digalakkan merentas negeri, meskipun dibenarkan oleh kerajaan sejak 7 Disember lalu.
Kes jangkitan COVID-19 di Selangor dijangka berkurangan 50 peratus jika R-Naught menurun
Jumlah kes di negeri Selangor dijangka berkurangan sehingga 50 peratus jika nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-Naught (R0) dapat dikurangkan sehingga 0.5.