Kes COVID-19 di Sarawak mencatat penambahan 25 lagi kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kini mencecah 675 kes.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Kuching mencatat kes tertinggi hari ini dengan 21 kes diikuti dua kes di Serian dan masing-masing satu kes di Samarahan dan Lundu.

Satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Pasar Satok dengan empat kes positif direkodkan.

"Semua mereka ini merupakan peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Satok yang telah menjalani saringan pada 25 dan 26 Julai 2020.

" Punca dan pengesanan semua kontak kes-kes ini sedang giat dijalankan," jelas Uggah dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya kesemua kes Kluster Pasar Satok ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.

Sementara itu Kuching telah bertukar daripada status kuning kepada status merah selepas 16 kes tempatan baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas meningkat kepada 53 kes.

Manakala Serian bertukar status daripada status hijau kepada status kuning apabila dua (2) kes tempatan baru dilaporkan.

Turut bertukar kepada status kuning daripada hijau adalah apabila satu kes tempatan baharu dilaporkan.