Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayuth Chan o-cha membayangkan langkah yang lebih ketat akan dilaksanakan untuk memerangi penularan COVID-19 di negara itu selepas jumlah kes positif meningkat kepada 1,651 hari ini dengan jumlah kematian 10 orang setakat ini.
Sejak negara itu mengisytiharkan perintah darurat bermula 26 Mac lepas, Prayuth berkata, bilangan kes baharu terus meningkat.
Sehingga 1 tengah hari ini, sebanyak 127 kes baharu dan satu kematian dilaporkan.
"Jika tiada pengurangan, langkah yang lebih ketat mungkin akan dilaksanakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Thailand mengisytiharkan perintah darurat yang berkuat kuasa tengah malam 26 Mac sehingga 30 April untuk mengekang pandemik COVID-19 di negara itu.
Bagaimanapun, tiada perintah berkurung atau larangan perjalanan dikenakan.
Sementara itu, Prayuth berkata, Kementerian Pengangkutan akan mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan pergerakan dan aktiviti awam.
"Masih ramai yang melakukan perjalanan menggunakan pengangkutan awam di Bangkok. Kami mungkin mempertimbangkan mengurangkan kekerapan pengangkutan awam termasuk bas dan kereta api. Jika itu tidak berjaya, jadi kami mungkin mempertimbangkan penggantungan sementara perkhidmatan tersebut," katanya.
Kerajaan merancang mengehadkan perjalanan orang awam kepada 90 peratus dalam usaha melandaikan graf jangkitan COVID-19.
Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi bagi COVID-19 Thailand (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin mengesahkan seorang lelaki berusia 48 tahun dari wilayah Maha Sarakham meninggal dunia pada 5 pagi semalam akibat COVID-19.
Dia mempunyai sejarah penyakit diabetes dan kanser.
Daripada keseluruhan 1,651 kes setakat ini, 1,299 pesakit masih menjalani rawatan di hospital, termasuk 22 dalam keadaan kritikal manakala 342 telah didiscaj.
Sejumlah 61 daripada 77 wilayah di negara ini telah melaporkan kes COVID-19.
Memandangkan lebih banyak kes direkodkan di luar Bangkok, gabenor wilayah mengambil langkah lebih ketat termasuk menutup destinasi pelancongan, pantai dan pusat hiburan, untuk membendung penyebaran virus itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 31 2020
Thailand terus mencatat peningkatan kes positif COVID-19 kepada 1,651 hari ini dengan jumlah kematian 10 orang setakat ini.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.