KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 28 November ini.
Menerusi kenyataan JPBN Sarawak pada Jumaat, langkah itu susulan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuching dengan statusnya kini diisytiharkan sebagai zon kuning.
“Masa operasi bagi sektor ekonomi di Sarawak adalah bermula enam pagi sehingga 12 tengah malam.
“Bagaimanapun, pengoperasian pusat hiburan seperti kelab malam, pub, karaoke serta pusat refleksologi masih tidak dibenarkan.
“Manakala, bagi tatacara kemasukan ke Sarawak masih mengekalkan prosedur sedia kala,” jelas kenyataan itu.
Susulan langkah berkenaan, JPBN Sarawak menyeru agar semua terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) selaras dengan ketetapan ketika tempoh PKPP berkenaan.
Turut dimuatkan dalam kenyataan sama adalah berkenaan aktiviti pengesanan secara aktif (ACD)
yang telah dijalankan di Kampung Banting, Lawas susulan satu kes jangkitan yang dikesan di daerah itu pada 13 November lalu.
“Seramai 959 penduduk di Kampung Banting, Lawas telah menjalani saringan COVID-19 yang telah
dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lawas dan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan
Bencana Daerah Lawas.
“Keputusan ujian rT-PCR yang diambil dari penduduk kampung itu pada 21 November 2020 adalah
negatif untuk COVID-19,” tambah JPBN Sarawak.
Antara lain, Sarawak tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu COVID-19 pada Jumaat. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kekal 1,062 kes.
Sementara itu, enam kluster masih aktif di Sarawak. Kluster-kluster berkenaan adalah Kluster Besi,
Kluster Jalan Abell, Kluster Baki, Kluster Seladah, Kluster Greenhill dan Kluster Wisma Saberkas.
Kesemua kluster ini adalah di Kuching.
Nickyson Nyambar
Fri Nov 27 2020
Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 28 November ini.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
COVID-19: Lebih 30,000 PMKS ditubuhkan tahun 2021 - Exco Perak
Lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak tahun lalu.
Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Kerajaan optimis Fasa Satu Pan Borneo Sarawak siap hujung tahun ini - Fadillah
Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.
WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.
Hari Malaysia: Bermuafakat akhiri pandemik sebagai sebuah keluarga Malaysia
Semangat rakyat Malaysia dalam membuktikan komitmen, kesetiaan serta kesepakatan terus berkobar dan membara dalam usaha memutuskan rantaian.
Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9: Istana Negara, Menara Dato' Onn jadi tumpuan esok
Esok rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri.
16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak
Sarawak hari ini mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.
Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.
Fasa endemik COVID-19 kemungkinan lebih lama daripada H1N1 - Pakar Kesihatan
Sekiranya dibandingkan dengan H1N1, kadar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia adalah lebih tinggi.
Majlis Islam Sarawak tangguh ibadat korban tahun ini
Majlis Islam Sarawak hari ini memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M.