KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama dan 'lorong tikus' Kampung Batu Muda Tambahan dipasang kawat duri susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di kawasan itu yang berkuat kuasa hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata semua jalan utama bagi tujuan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKPD.
"Sesiapa yang ingin keluar untuk berurusan di luar yang ada pengecualian tertentu, seperti untuk urusan kecemasan atau kematian dan juga rawatan kesihatan, tapi dengan syarat mesti mendapat kebenaran daripada polis.
"Kelonggaran diberi untuk membeli makanan dan keperluan asas di premis perniagaan berhampiran sahaja," kata Beh Eng Lai.
Kawalan ketat di kawasan yang melibatkan kira-kira 800 penduduk itu turut mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tinjauan Astro AWANI mendapati terdapat beberapa khemah bagi menempatkan ujian saringan COVID-19 didirikan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak malam tadi.
Semalam, KKM melaporkan sejumlah 106 kes positif COVID-19 direkodkan di Kampung Batu Muda Tambahan hasil daripada 300 ujian saringan yang dilakukan.
Baki saringan COVID-19 akan dijalankan bermula Isnin depan.
PKPD di Kampung Batu Muda Tambahan dilaksana hingga 5 Jun ini susulan penilaian risiko pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal PKP dengan nasihat KKM.
Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya diasingkan secepat mungkin serta memastikan semua penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar.
Astro Awani
Sat May 22 2021
![COVID-19: PKPD Sentul mula dikuat kuasa hari ini COVID-19: PKPD Sentul mula dikuat kuasa hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621729574_PKPDSENTULDILAKSAN.jpg)
Beberapa laluan utama dan 'lorong tikus' Kampung Batu Muda Tambahan dipasang kawat duri susulan pelaksanaan PKPD di kawasan itu yang berkuat kuasa hari ini. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641303172_PKPD.jpg)
PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.
![COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41645533979_aminuddinharun.jpg)
COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.
![PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638880650_DatukRodziMdSaad.jpg)
PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
![PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642433439_PKPD.jpg)
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
![PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641300308_PKPD.jpg)
PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.
![PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643380841_950x600.jpg)
PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.
![PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642433439_PKPD.jpg)
PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.
![PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622366981_950x600.jpg)
PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.
![PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61640954194_TBPKPDSABAH.jpg)
PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.
![PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634566394_950x600.jpg)
PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.