KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, bermula 23 April sehingga 6 Mei 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia berikutan laporan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dua lokaliti berkenaan.
Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 228 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah direkodkan di SMKA Johor Bahru.
"Sementara di Maahad Tahfiz Al-Quran, Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas, KKM telah melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif COVID-19 telah direkodkan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu katanya, penamatan PKPD turut diumum di empat lokaliti di dua negeri.
"Ia adalah di penamatan PKPD Institut Latihan Perindustrian (ILP) Taman Permata dan Taman Seri Labuk, Sandakan dan Kampung Gayang, Tuaran, Sabah.
"Sementara satu lagi adalah di Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang.
"PKPD Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi, Rompin, Pahang pada 23 April ditamatkan lebih awal daripada dijadualkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail menjelaskan, 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).
Daripada jumlah itu, seramai 198 individu dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah tidak memakai pelitup muka (53), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (46), tiada penjarakan fizikal (44), aktiviti pusat hiburan (28) dan lain-lain (29).
Sementara itu ujarnya, Op Benteng pada Rabu telah menangkap enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sembilan kenderaan darat.
Katanya, sebanyak 157 buah bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan.
Sementara itu tambahnya, seramai 593 warga asing telah menjalani ujian saringan pada Rabu dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.
Selain itu, secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 687,807 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 35,507 majikan.
Astro Awani
Thu Apr 22 2021

Ismail menjelaskan, 200 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP pada Rabu. - BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PKPD di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Raub tamat esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang akan ditamatkan esok mengikut jadual.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

PKPD Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan ditamatkan esok
Keputusan menamatkan PKPD di lokaliti tersebut dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.

PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.

PKPD di Taman Rimba, Mentakab, Temerloh bermula Isnin
Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari ke atas Taman Rimba, Mentakab, Temerloh, Pahang.

PKPD di Felda Tersang, Raub, Pahang mulai 2 Feb - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana di Felda Tersang 1, 2, dan 3, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang mulai 2 hingga 15 Feb.

PKPD di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan bermula esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Bentong, Pahang mulai esok hingga 11 Feb.

PKPD di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang mulai esok - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Chemomoi di Mukim Sabai, Bentong, Pahang akan dilaksanakan mulai esok hingga 10 Feb ini.

PKPD dilaksana di dua lokaliti di Mukim Kechau, Lipis, Pahang
Tiada mana-mana lokaliti yang dilanjutkan atau ditamatkan PKPD pada 20 Januari.

PKPD di Kampung Batu Talam, Raub - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu Talam, Mukim Batu Talam di Raub, Pahang akan dilaksana mulai 19 Jan ini.