BANTING: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Banting (Basis) menggesa Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan satu prosedur pengurusan khusus dalam menghadapi sebarang krisis atau bencana dalam kalangan pelajar.
Yang Dipertuanya, Datuk Muzamir Mustafa berkata, gesaan itu susulan dua pelajar Tingkatan Satu sekolah terbabit yang didapati positif COVID-19 selepas menjalani saringan pada minggu lalu.
Beliau berkata, kegagalan Pengurusan SBP KPM mengeluarkan prosedur atau pelan pengurusan krisis berkenaan menyebabkan kes positif COVID-19 di sekolah itu meningkat secara mendadak.
"Bayangkan pelajar disahkan positif wabak berkenaan pada minggu lalu, namun Pengurusan SBP KPM hanya menubuhkan jawatankuasa bagi perkara ini pada Selasa lepas.
"Tiada guna baru sekarang nak tubuhkan jawatankuasa sebab angka pelajar positif hari ini (Khamis) sudah mencecah 66 orang.
"Tindakan daripada SBP sangat lambat, malah guru juga tidak didedahkan dengan cara menghadapi krisis. Disebabkan itulah kes meningkat dengan mendadak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Muzamir berkata, lebih mengecewakan apabila pelajar tidak positif COVID-19 turut terdedah kepada risiko apabila mereka perlu membawa makanan kepada pelajar bergejala yang dikuarantin di asrama.
Katanya, tindakan menempatkan pelajar bergejala di kawasan asrama juga mengundang risiko kepada penuntut lain di sana.
"Sekolah ini mempunyai lebih 800 pelajar dan kawasan asramanya juga kecil. Jadi apa salahnya kalau mereka sediakan hotel murah atau penempatan khas buat pelajar yang bergejala ini agar mereka tidak bercampur," katanya.
Dalam pada itu, Muzamir berkata, pihaknya juga menjangkakan bilangan kes positif COVID-19 di sekolah berkenaan akan meningkat susulan semua pelajar dan guru akan menjalani saringan pada Jumaat.
Tambah beliau, PIBG Basis berharap agar Pengurusan SBP KKM dapat mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu bagi memastikan nasib pelajar terbela.
"Esok (Jumaat) sepatutnya ada mesyuarat berhubung perkara ini, namun PIBG tidak dibenarkan masuk dan saya harapkan mereka dapat buat keputusan terbaik," katanya.
Sementara itu, seorang bapa pelajar yang enggan namanya disiarkan berkata, pihak sekolah sepatutnya lebih cekap dan membuat tindakan segera apabila ada dalam kalangan pelajar sekolah itu disahkan positif COVID-19.
Jelasnya, segala SOP ditetapkan juga perlu dipatuhi bagi mengurangkan peningkatan risiko jangkitan.
"Saya difahamkan dari segi prosedur operasi standard (SOP) memang ada tetapi pihak sekolah perlu mengawal kadar jangkitan pelajar dengan kadar segera," katanya.
Selain itu, katanya, KPM perlu memberi keutamaan kepada pelajar Tingkatan Empat dan Lima sahaja meneruskan pembelajaran secara bersemuka.
Ujarnya, kemasukan pelajar dalam jumlah kecil adalah lebih mudah diurus berbanding dengan jumlah besar membabitkan keseluruhan pelajar.
"Misalnya di SBP, kita tidak mahu ada yang bergejala tetapi terlepas pandang masuk ke asrama menyebabkan berlakunya risiko perebakan kes positif COVID-19 meningkat.
"Apabila dalam kumpulan kecil, pergerakan pelajar lebih mudah dikawal," tegasnya.
Menurutnya, KPM juga diminta supaya mewajibkan semua pelajar SBP menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke asrama.
"Jika pekerja asing pun kita mewajibkan saringan COVID-19, perkara sama juga sepatutnya dilakukan kepada semua pelajar asrama termasuk di SBP," katanya.
Berita asal: COVID-19: PIBG kecewa tiada pelan hadapi krisis
Sinar Harian
Thu Apr 22 2021

Sebanyak 66 kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Sains Banting setakat Khamis. Gambar kecil: Muzamir Mustafa
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani isu ketagihan media sosial yang luar biasa.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.