Syarat asas untuk pengoperasian semula industri tempatan dalam menghadapi kesan penularan COVID-19 perlu dipecahkan mengikut kawasan zon.
Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, ia sekali gus peringatan untuk semua pihak mematuhi langkah-langkah pencegahan dan perlindungan pandemik.
“Kebenaran mungkin boleh diberi di kawasan Zon Jingga dan Zon Kuning jika tiada kes baru jangkitan Covid-19 selama tujuh hari manakala, pergerakan hanya dibenarkan di Zon Jingga dan Kuning selain tidak boleh merentasi kawasan Zon Merah dan Zon Hijau.
“Selain itu, pekerja yang dalam pemantauan dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif COVID-19 hanya dibenarkan bekerja semula jika tidak mempunyai simptom jangkitan selepas menjalani kuarantin berpusat atau di rumah selama 14 hari,” katanya dalam satu kenyataan cadangan garis panduan pengoperasian semula industri tempatan di sini, pada Khamis.
Katanya, kertas cadangan itu akan dihantar secara dalam talian kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu Dr Dominic turut mencadangkan syarikat mewujudkan sistem merekod dalam pengoperasian semula bagi semua kakitangan dan pelawat.
Tegasnya, ia perlu merangkumi antaranya pemantauan kesihatan, sejarah perjalanan, jadual perangkaan dan informasi tinjauan lain yang berkaitan untuk pemeriksaan dan pencegahan wabak.
“Kita juga menyeru syarikat-syarikat tempatan mempraktikkan langkah pencegahan dan rawatan yang sewajarnya seperti berikut untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak.
“Contohnya seperti menghentikan semua acara pameran, jualan, temuduga dan aktiviti-aktiviti lain yang menggalakkan pengumpulan orang ramai. Menyahaktifkan pendingin hawa dan ventilasi secara berpusat juga dinasihatkan serta menghentikan penggunaan lif bagi pekerja yang bekerja di tingkat 5 dan ke bawah.
“Syarikat juga wajar menubuhkan satu pasukan tindakan pencegahan dan kawalan epidemik. Pasukan ini bertanggungjawab untuk kebersihan syarikat, disinfeksi persekitaran dalaman dan ruang awam, penyediaan makanan dan penyediaan pelan dan aliran proses rawatan kecemasan,” ujarnya.
Katanya lagi, syarikat juga boleh beroperasi semula dengan memanfaatkan inisiatif seperti mengurangkan unit pekerja, mengoptimumkan aliran kerja, menggalakan kerja jarak jauh serta mengurangkan pengumpulan pekerja di sesebuah tempat dalam ruang tempat kerja.
Selain itu jelasnya, jadual kerja berperingkat dan amalan perlindungan peribadi perlu dikuatkuasakan untuk mencegah pandemik ini.
Astro Awani
Thu Apr 16 2020
Dr Dominic turut mencadangkan syarikat mewujudkan sistem merekod dalam pengoperasian semula bagi semua kakitangan dan pelawat. - Gambar GERAKAN
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.