DR VISHNA RASIAH, seorang doktor warga Malaysia yang berkhidmat sebagai pakar perunding neonatologi di Hospital Wanita Birmingham, United Kingdom (UK) dilaporkan meninggal dunia susulan menerima rawatan COVID-19.
Menurut kenyataan pada laman web Yayasan Wanita dan Kanak-kanak Birmingham pada Jumaat, Dr Rasiah atau lebih dikenali sebagai Vish dalam kalangan rakan-rakannya merupakan seorang doktor yang juga Ketua Klinikal untuk rangkaian Neonatal serantau yang dipandang tinggi.
Ketua Eksekutif Hospital Kebajikan Wanita Birmingham, Sarah-Jane Marsh, menggambarkan mendiang sebagai pakar yang cukup terkenal di seluruh kawasan tengah Midlands UK serta disayangi rakan-rakan sekerjanya.
“Vish merupakan seorang doktor, ketua, rakan sekerja dan kawan yang sangat berdedikasi dalam urusan penjagaan bayi dan keluarga mereka.
“Pemergiannya dalam cara yang sangat tidak adil amat mendukacitakan kami, terutamanya kami yang terlibat dalam penjagaan neonatal dan pastinya isteri dan anak perempuannya.
“Walaupun kami bersedih, kami harus mengingati nilai-nilai, visi, keberanian dan sikap belas kasihan yang diterapkan mendiang. Semoga Tuhan merahmati Vish dan semoga kamu berehat dengan aman,” kata Marsh dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu, isteri mendiang yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, mendiang merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang kepada cahaya mata perempuan mereka, Katelyn.
“Kami sungguh sedih dengan pemergian Vish. Vish merupakan seorang suami dan bapa penyayang kepada anak kami, Katelyn serta seorang anak dan abang yang disayangi oleh keluarga kami di Malaysia dan Trinidad.
“Keluarganya amat bermakna buatnya dan mendiang sungguh sayang akan Katelyn.
“Vish sungguh komited terhadap kerjanya dan beliau menganggap rakan sekerjanya sebagai ahli keluarga. Mendiang merawat dan melayan semua pesakit seperti ahli keluarganya. Saya sungguh bangga dengannya,” katanya.
Pada masa yang sama, Pengarah Perubatan hospital itu, Dr Fiona Reynolds berkata: “Ia cukup meluluhkan hati apabila kehilangan seorang yang amat berbakat, berdedikasi dan dihormati seperti Vish.
“Kehilangannya bukan sahaja dirasai oleh rakan-rakan sekerja di hospital kami, malah oleh ramai yang lain di seluruh kawasan Midlands yang bekerja bersamanya.”
United Kingdom antara negara paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan mencatatkan hampir 150,000 kes positif serta hampir 20,000 kematian setakat Jumaat.
Isabelle Leong, Nailah Huda
Sat Apr 25 2020
Mendiang Dr Vishna Rasiah dikenali sebagai doktor yang berdedikasi serta merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang. - Gambar Hospital Wanita dan Kanak-kanak Birmingham
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.