KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan trend menurun dalam kadar kebolehjangkitan (R-naught atau Rt) COVID-19 bagi purata seminggu.
Pada Selasa, kadar Rt negara turun kepada 0.95 berbanding 0.96 hari sebelumnya.
Bagaimanapun, sebanyak 11 negeri/wilayah mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Sarawak catat kadar tertinggi dengan 1.18, diikuti Johor (1.09), Terengganu (1.09), Perak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Kelantan (1.02), Perlis (1.01) dan Pahang (1.01).
Ini diikuti Kedah (0.98), Sabah (0.97) dan Putrajaya (0.95).
Sementara itu, Melaka (0.92), Selangor (0.88), Kuala Lumpur (0.81) dan Negeri Sembilan (0.81), mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan.
Labuan pula mencatat 4 kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Astro Awani
Tue Sep 07 2021
Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan mencatat kadar R-naught di bawah purata kebangsaan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
KKM risau peningkatan kes COVID-19 di Malaysia - Timbalan Menteri Kesihatan
Kadar kebolehjangkitan negara kini berada pada paras 1.12 dengan jumlah kes baharu, kemasukan ke hospital dan penggunaan bantuan alat pernafasan turut sama meningkat.
COVID-19: Jumlah kes baharu meningkat, kematian catat penurunan
Kes baharu meningkat 10.9 peratus kepada 15,739 kes manakala kes kematian menurun sebanyak 38.1 peratus iaitu 13 kes pada ME ke-25 (19-25 Jun)
COVID-19: Kadar kebolehjangkitan meningkat, tiada peningkatan kes mendadak - KP Kesihatan
Meskipun kadar kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini meningkat, namun, kebanyakan kes adalah kategori satu dan dua seperti dijangkakan.
COVID-19: 3,471 jangkitan baharu, 27 kes kategori 3 hingga 5
Negara mencatatkan peningkatan kes harian COVID-19, apabila 3,471 kes direkodkan semalam berbanding 3,361 kes hari sebelumnya.
COVID-19: 7,140 kes baharu, jumlah kes sembuh lebih tinggi
Sebanyak 137 kes (44.5 peratus) adalah kategori 1 dan 2, manakala 171 kes (55.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
COVID-19: 10,177 kes baharu, 99.38% kategori 1 dan 2
Daripada keseluruhan kes, sebanyak 63 atau 0.62 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima.
COVID-19: 12,105 jangkitan baharu, 221 di ICU
Daripada jumlah keseluruhan, 12,010 kes atau 99.22% adalah dalam kategori satu dan dua.
COVID-19: 12,017 kes baharu, 234 di ICU
Daripada jumlah keseluruhan itu, 11,949 kes adalah dari kategori 1 dan 2, manakala 68 adalah kes kategori 3, 4 dan 5.
COVID-19: 24,316 kes baharu, 99.3 peratus kategori 1 dan 2
Ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak berkenaan meningkat kepada 4,079,242.