PETALING JAYA: Pemilik-pemilik perniagaan menyeru kerajaan agar membuka semua sektor ekonomi dan tidak menggunakan rancangan asal Pelan Pemulihan Negara (PPN) menetapkan fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan.
Ini susulan Lembah Klang yang merupakan nadi ekonomi negara, kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 sejak 1 Jun, sementara neger-negeri kecil telah beralih ke Fasa 2 dan 3.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Syed Hussain Syed Husman berkata, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada zon merah, menyekat pergerakan di kawasan itu dan memberi rawatan.
“Pihak berkuasa seharusnya menggunakan strategi gabungan pemberian vaksinasi yang pantas dan membenarkan perniagaan dibuka tetapi dengan SOP ketat.
“Para majikan adalah komited untuk mematuhi segala SOP dan MEF juga menyokong tindakan tegas terhadap majikan yang melanggarnya,” kata beliau dalam kenyatan di sini.
Syed Hussain berkata, tidak ada faedah menggalakkan vaksinasi tetapi para majikan dan kakitangan menderita dari segi ekonomi.
“Strategi tunggal melakukan vaksinasi besar-besaran sebelum membuka ekonomi telah tidak berkesan, tetapi gabungan strategi mungkin boleh,” katanya lagi.
Menurutnya, MEF mengalu-alukan pelonggaran sekatan Fasa 1 seperti diumumkan oleh Menteri Kanan Luar Negara, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pasar malam dan taman dibukan walaupun di negeri Fasa 1.
Satu lagi kemungkinan untuk melonggarkan SOP ialah untuk sektor dan aktiviti tidak berisiko, seperti berbasikal dan `dine-in’ di kedai makan, bagi individu yang telah menerima dua dos vaksinasi.
Syed Hussain berkata, para majikan yang di negeri Fasa 1, tidak sabar menanti supaya sekatan dilonggarkan.
“Lockdowns telah menjejaskan industri peruncitan dan PKS. Tukang gunting, tukang emas, pengusaha cuci kereta, saloon dan kedai hadiah adalah antara yang berterusan menderita sekarang,” ujarnya.
Beliau berkata, lockdown yang berterusan telah gagal mengekang merebaknya wabak, dan disebabkan itu kerajaan perlu menukar strategi bagi mengurangkan kesengsaraan pemilik perniagaan.
Negeri dan wilayah yang masih di Fasa 1 ialah Kedah, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Fasa 2 pula ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Sabah manakala Perlis, Labuan dan sebahagian Sarawak sudah beralih ke Fasa 3.
Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Aug 10 2021

Pemilik-pemilik perniagaan menyeru kerajaan agar membuka semua sektor ekonomi dan tidak menggunakan rancangan asal PPN menetapkan fasa-fasa sebagai petunjuk bagi melonggarkan sekatan. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.

Dasar tangani buli siber di tempat kerja perlu diperkukuhkan - MEF
Katanya, kegiatan buli kini semakin parah apabila cara lama membuli kini diperluaskan kepada bentuk baharu, iaitu buli di alam siber.

MEF bantah kenaikan yuran Fomema, pemeriksaan perubatan pekerja asing makin kerap
MEF berkata syarikat-syarikat hanya mengetahui tentang kenaikan yuran dan kekerapan pemeriksaan apabila melawat laman web Fomema.

MEF tak setuju majikan diwajibkan bayar elaun pelatih
MEF tidak bersetuju syarikat swasta diwajibkan membayar elaun kepada pelatih industri, sebaliknya perlu mengikut budi bicara mereka.

Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.

Insentif Kerjaya Madani 2023 galak majikan menggaji kumpulan sasar - MEF
Syed Hussain berkata, hal ini dapat menangani isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi dan meningkatkan keyakinan pelabur.

MEF seru dasar pengeluaran KWSP disemak semula
MEF menyeru agar dasar pengeluaran KWSP dikaji semula, dengan mengambil kira umur persaraan minimum semasa Malaysia iaitu 60 tahun.

Penggabungan KWSP-Perkeso tidak praktikal - MEF
Penggabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bukanlah satu tindakan yang praktikal untuk dilaksanakan, kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Tidak perlu pengeluaran KWSP, fokus subsidi - MEF
Shamsuddin berkata jika pencarum tidak mempunyai wang mencukupi untuk bersara, maka mereka pasti akan menghadapi masalah.

MEF cadangkan rangka kerja komprehensif bagi kekalkan bakat Malaysia yang kembali di bawah REP
Syed Hussain menggesa kerajaan memberi perhatian khusus kepada mereka yang kembali bekerja di negara ini melalui program itu.