Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan COVID-19 di negara ini.
“Kami melihat data pada 3 April di mana terdapat pertambahan 217 kes positif jangkitan COVID-19. Itulah puncaknya.
“Kami kemudian menjangkakan puncak lengkungan pada 14 April dengan ramalan sebanyak 6,300 kes secara keseluruhan.
“Namun, ia tidak berlaku dan kami percaya PKP tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan,” katanya dalam sidang hariannya di sini pada Jumaat.
Katanya, momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan.
Jelas beliau, berdasarkan ukuran kadar kebolehjangkitan menggunakan angka yang dikenali sebagai 'RO' (disebut 'R-Naught') kini kurang daripada satu.
Katanya, RO sebelum pelaksanaan PKP adalah kira-kira 3.55, di mana seorang individu boleh menjangkiti seramai 3.55 orang.
"Namun kini selepas 14 April, kami telah menurunkan kadar RO kepada kurang daripada satu,” kata Dr Noor Hisham.
Bagaimanapun, katanya, ia tidak mustahil berlakunya peningkatan eksponen jika orang ramai tidak mematuhi PKP dan garis panduan yang ditetapkan.
“Ia penting supaya kami mengikuti apa yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP ini.
“Kami melihat kejayaan daripada ketiga-tiga tahap PKP ini.
“Kami berjaya mengawal dan meratakan lengkungan serta mengawal penambahan kes jangkitan COVID-19,” katanya.
Isabelle Leong
Fri Apr 24 2020

DR NOOR HISHAM: Kami berjaya mengawal dan meratakan lengkungan serta mengawal penambahan kes jangkitan COVID-19. - Foto BERNAMA

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Pendekatan 'self rule' bukan bermaksud Sarawak tidak hormati Kerajaan Pusat - Abang Johari
Amalan self-rule yang menjadi pendekatan utama pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan relevan dalam penentuan tadbir urus negeri itu.

Penggunaan vaksin selain Pfizer BioNTech tunggu kelulusan NPRA, SCoVAG - Uggah
Penggunaan vaksin selain keluaran Pfizer BioNTech di Sarawak akan ditentukan mengikut kelulusan NPRA dan SCoVAG.

Pendigitalan pacu pemulihan ekonomi ASEAN pasca COVID-19
Pemulihan ekonomi pasca pandemik di rantau ini menjadi agenda utama dan telah dibincangkan dengan meluas di peringkat Pemimpin ASEAN dan Menteri Ekonomi ASEAN.

PKP bukan halangan seorang ibu tunggal pastikan perniagaan kekal 'bernafas'
Mahani menggunakan kemahirannya menjahit baju daripada cebisan kain perca serta penutup hidung dan mulut daripada kain secara kecil-kecilan dari rumah.

COVID-19: Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan tetapi... - Dr Noor Hisham
Bagaimanapun, kata Dr Noor Hisham, ia tidak mustahil berlakunya peningkatan eksponen jika orang ramai tidak mematuhi PKP dan garis panduan yang ditetapkan.

16 kes baharu direkodkan di Sarawak
Setakat ini, jumlah keseluruhan bagi kes positif COVID-19 adalah 387 kes di negeri itu.

Aplikasi teori Keynesian dalam menghadapi COVID-19
Malaysia tidak terlepas daripada menjadi pemain dalam perdagangan bebas dan liberalisasi ekonomi.

Lapor polis jika majikan bukan perkhidmatan teras paksa anda bekerja
Ia adalah satu kesalahan jenayah.

Wisma BSN, cawangan Kuala Lumpur ditutup untuk kerja-kerja pembasmian kuman sehingga 20 Mac
Wisma BSN, ibu pejabat Bank Simpanan Nasional (BSN) dan cawangan utama di Kuala Lumpur ditutup sementara hari ini sehingga 20 Mac untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman

"Anda mungkin OK, tapi yang mati nanti orang tersayang" - Ini luahan Lee Chong Wei
Bekas pemain nombor satu dunia itu menitipkan nasihat agar rakyat Malaysia tidak menganggap waktu 14 hari ini sebagai 'cuti hari raya'.