KUCHING: Amalan ‘self-rule’ yang menjadi pendekatan utama pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan relevan dalam penentuan tadbir urus negeri itu terutama membuat keputusan yang mengikut acuan sendiri.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam perutusannya sempena Hari Sarawak 2021 berkata ia termasuk pengurusan kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.
Jelasnya, Sarawak melaksanakan kuasa mengikut Perlembagaan yang ada bagi membuat keputusan yang sesuai dengan keadaan di negeri itu.
“Dalam usaha kita menangani pandemik (COVID-19) yang melanda negeri pada waktu ini betapa kita menghargai kuasa yang ada pada kita mengikut perlembagaan untuk membuat keputusan yang sesuai dengan keadaan di Sarawak.
“Ia lebih praktikal dan berkesan, malah keupayaan untuk membuat keputusan sendiri demi kepentingan Sarawak mencerminkan jati diri anak Sarawak untuk menentukan masa hadapan mereka sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sebarang keputusan yang dicapai bukan bermaksud kerajaan negeri tidak menghormati Kerajaan Persekutuan.
Sebaliknya, kata beliau ia dibuat berlandaskan sentimen rakyat Sarawak selain mengambil kira aspek sensitiviti yang lebih praktikal untuk dilaksanakan.
“Sememangnya kita menghormati Kerajaan Persekutuan termasuk setiap keputusan yang dibuat di peringkat Pusat. Bagaimanapun, tidak semua keputusan yang dibuat di Putrajaya adalah sesuai dan praktikal untuk dilaksanakan di Sarawak.
“Ini kerana Sarawak adalah sebuah wilayah yang hampir sama besar dengan tanah Semenanjung dan kadang-kala, dengan kekangan sumber dan infrastruktur, agak sukar untuk pihak berkuasa kita melaksanakan keputusan yang telah dibuat di peringkat Pusat,” jelasnya.
Sementara itu, dalam perutusan sama, Abang Johari berkata dalam perjuangan menentang COVID-19, kerajaan sarawak sentiasa meletakkan kestabilan politik sebagai tiang utama pemerintahan negeri itu.
Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata, pihaknya sentiasa memastikan kebajikan rakyat dapat dijaga sebaiknya dengan suasana politik yang harmoni dan berhemah.
“Kebelakangan ini negara berhadapan dengan keadaan politik yang tidak menentu dan ia menjadi lebih meruncingkan dalam keadaan negara berdepan dengan COVID-19.
“Namun, di Sarawak suasana politik agak stabil dan saya sebagai ketua Kerajaan GPS mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang melibatkan diri dalam politik dengan berhemah dan menghindarkan Sarawak daripada keadaan yang kucar-kacir,” katanya.
Shafik Ahmad
Thu Jul 22 2021

Sarawak melaksanakan kuasa mengikut Perlembagaan yang ada bagi membuat keputusan yang sesuai dengan keadaan di negeri itu.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Pergolakan politik hanya melemahkan negara dan ekonomi - Abang Johari
Pergolakan politik dan perebutan kuasa antara parti-parti politik akan hanya menyebabkan keadaan tidak stabil dan tidak sihat kepada pembangunan ekonomi.

Pendekatan 'self rule' bukan bermaksud Sarawak tidak hormati Kerajaan Pusat - Abang Johari
Amalan self-rule yang menjadi pendekatan utama pentadbiran Kerajaan Sarawak disifatkan relevan dalam penentuan tadbir urus negeri itu.

Hari Sarawak 2021 dipancarkan terus dari DUN Sarawak secara maya
Sambutan Hari Sarawak 2021 akan dipancarkan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara maya pada 22 Julai ini.