PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Penjara Sandakan, Kluster Dialisis, Kluster Sepanggar, Kluster Aero, Kluster Lengkuk, dan juga Kluster Gading.
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
BACA: COVID-19: 1,032 kes baharu, lapan kes kematian dilaporkan
Berikut merupakan perincian mengikut kesemua kluster berkenaan.
• Kluster Penjara Sandakan
- Kluster ini melibatkan sebuah penjara di daerah Sandakan, Sabah.
- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan banduan pada 27 Oktober 2020.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 38 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Dialisis
- Kluster ini melibatkan daerah Sandakan dan Lahad Datu di Sabah.
- Kes-kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif pada 23 Oktober COVID-19 hasil saringan petugas kesihatan .
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.
• Kluster Sepanggar
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes-kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 24 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Aero
- Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 3 November.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19.
• Kluster Lengkuk
- Kluster ini melibatkan daerah Sepang di Selangor dan daerah Seremban, Port Dickson serta Rembau, Negeri Sembilan.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.
- Kes-kes tersebut dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Rembau dan Hospital Tampin.
• Kluster Gading
- Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Seremban, Negeri Sembilan.
- Kes-kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 29 Oktober.
- Saringan kontak rapat mengesan sebanyak enam lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Hilmi Malik
Wed Nov 04 2020
KKM hari ini memaklumkan terdapat enam lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/BERNAMA
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.