Jumlah itu adalah sejak hari pertama wabak itu dikesan di negara ini.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes-kes tersebut menunjukkan perubahan positif selepas KKM hanya mengesan tiga jangkitan kes dalam tempoh dua minggu.
Ia masing-masing membabit dua kes Influenza-Like Illness (ILI) dan satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
"Kalau kita lihat tempoh dua minggu, satu cycle PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) misalnya, hanya kita dapat tiga kes sahaja.
“Jadi kes-kes survelan (jangkitan dalam kalangan masyarakat) – ILI dan SARI semakin berkurangan.
“Itu menunjukkan dalam virus dalam komuniti semakin berkurangan tetapi masih ada dalam komuniti dan kalau dibandingkan dengan awal bulan April, kes-kes SARI dan ILI makin meningkat masa itu,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.
Jelas Dr Noor Hisham lagi, penularan jangkitan dalam masyarakat dapat dikurangkan sekiranya garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dipatuhi oleh masyarakat.
Ia termasuk arahan untuk kekal berada di rumah, mengamalkan penjarakan sosial dan konsep ‘3C’ – mengelak kawasan sesak (crowded places); tempat sempit (confined spaces); dan bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).