KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti tiga lagi kluster baharu COVID-19 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan pada Ahad berkata kluster tersebut ialah Kluster Plaza, Kluster Jalan Kalabakan dan Kluster Jeri.
Dr Noor Hisham berkata Kluster Plaza melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah manakala Kluster Jalan Kalabakan pula dilaporkan di daerah Tawau di Sabah.
Selain itu, Kluster Jeri pula melibatkan Kota Tinggi, Mersing dan Muar di Johor.
Berikut perincian lanjut mengenai ketiga-tiga kluster baharu yang dikenal pasti pada Ahad (15 November 2020):
KLUSTER PLAZA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah.
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42299) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Institut Kemahiran MARA, Kota Kinabalu.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 11 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:
• 12 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu)
• Tujuh individu dikesan negatif
KLUSTER JALAN KALABAKAN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-31309) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 21 lagi kes positif COVID- 19.
Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana kesemua 22 kes telah dikesan positif COVID-19 (tiga kes baharu).
KLUSTER JERI
Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing, dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA), Singapura pada 6 November 2020.
Saringan kontak rapat di Malaysia telah mengesan sebanyak 26 kes positif COVID-19 dan kes-kes ini telah dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.
Sehingga 15 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 1,170 individu telah disaring, di mana:
• 26 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu)
• 535 individu dikesan negatif
• 609 individu masih menunggu keputusan
Isabelle Leong
Sun Nov 15 2020
![COVID-19: KKM kenal pasti tiga kluster baharu COVID-19: KKM kenal pasti tiga kluster baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603360950_sabah.jpg)
Ketiga-tiga kluster yang dikenal pasti Kluster Plaza, Kluster Jalan Kalabakan dan Kluster Jeri. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Malaysia ulangi gesaan akhiri keganasan di Palestin
Serangan pada Sabtu mengorbankan nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak serta mencederakan ratusan individu lain.
![Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720870240_Keretaapithailand.jpg)
Perkhidmatan kereta api penumpang Thailand-Laos mulakan ujian
Perkhidmatan kereta api penumpang merentasi sempadan Thailand-Laos memulakan operasi percubaannya pada Jumaat.
![Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717426717_Kualalumpur.jpg)
Malaysia perlukan perubahan, jangan lembap dan duduk di takuk lama - PM Anwar
Kata Perdana Menteri, jika rakyat terlalu selesa, negara akan sentiasa lembap meskipun mempunyai potensi yang besar untuk terus maju.
![Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720782291_KualaLumpur.jpg)
Artikel Forbes serlah Malaysia makin dapat perhatian antarabangsa - Ahli Ekonomi
Majalah Forbes baru-baru ini telah menerbitkan satu artikel yang sangat menarik tentang Malaysia yang sewajarnya perlu diberi perhatian oleh akhbar tempatan dan juga antarabangsa.
![Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia siap sedia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, fokus tiga tonggak utama - Mohamad Hasan
Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dengan tiga tonggak utama digariskan iaitu keselamatan dan politik, ekonomi, dan sosiobudaya, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720528606_SulungQingdao.jpg)
Malaysia catat 438 penerbangan mingguan dari China
Jumlah penerbangan mingguan dari China ke Kuala Lumpur mencecah 438 penerbangan dan dijangka terus meningkat tahun ini, kata Ketua Pengarah Tourism Malaysia P. Manoharan.
![Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720219967_tbMarkasPemerintaha.jpg)
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
![Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171355_MOHDRABINBASIR.jpg)
Malaysia lantik fasilitator baharu untuk Dialog Damai Selatan Thailand
Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai 2024.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024 Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720004190_PDRM.jpg)
Remaja ditahan di Bandar Sunway, disyaki terlibat pertaruhan EURO 2024
Seorang remaja lelaki ditahan di sebuah kafe di Bandar Sunway semalam, disyaki terlibat dengan pertaruhan perlawanan bola sepak Euro 2024.