PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti pertambahan dua lagi kluster baharu dikenali sebagai Kluster Seruling dan Kluster Tapak Bina Darul.

Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:

1. Kluster Seruling
- Kluster ini melibatkan daerah Klang, Hulu Selangor dan Petaling, Selangor.
- Kes dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Disember hasil saringan tempat kerja.
- Seramai 2,267 individu disaring, 109 kes lagi dikesan positif.

2. Kluster Tapak Bina Darul
- Kluster ini dikesan di beberapa daerah seperti berikut:
(Titiwangsa, Cheras, Lembah Pantai, Petaling, Sepang, Kuala Langat, Klang)
(Seremban, Negeri Sembilan)
- Kesemua kes dikesan positif COVID-19 pada 6 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja dan tapak binaan.
- Seramai 240 individu disaring, 14 kes lagi dikesan positif.

Sehingga 8 Disember, sebanyak 392 kluster dilaporkan termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini.

Setakat ini, sebanyak 185 kluster dilaporkan masih aktif.

BACA: COVID-19: 1,012 jangkitan baharu, empat kematian, Selangor 417 kes

Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini