KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta pemegang lesen hospital swasta lain dalam masa terdekat berkenaan pengurusan pesakit COVID-19 di hospital swasta.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan berkata pihaknya berharap pemegang taruh swasta akan dapat mengutarakan segala persoalan dan memanfaatkan sesi libat urus tersebut.
Beliau berkata KKM juga akan meneliti beberapa isu serta kebimbangan yang telah dibangkitkan oleh pihak APHM dalam satu perbincangan awal yang turut disertai pakar klinikal pelbagai bidang KKM pada 13 Jan lepas.
BACA: Proklamasi darurat beri kuasa kerajaan guna aset hospital swasta
Mengulas lanjut, beliau berkata secara dasarnya, pihak APHM yang mewakili pihak hospital swasta telah menyatakan hasrat untuk berganding bahu dan bersedia merawat pesakit COVID-19 di fasiliti masing-masing.
"Saya amat berpuas hati dengan hasil perbincangan dan semangat kolaborasi serta solidariti yang ditunjukkan oleh semua pihak yang hadir dalam mesyuarat tersebut," katanya.
Dr Noor Azmi berkata pada peringkat awal, KKM bersetuju supaya rawatan pesakit COVID-19 berpusat di fasiliti kerajaan, namun pada masa sama, kementerian tidak pernah menghalang mana-mana hospital swasta untuk menawarkan perkhidmatan rawatan bagi pesakit COVID-19.
Bagaimanapun, katanya negara kini sedang menghadapi gelombang ketiga COVID-19 yang jauh lebih mencabar daripada situasi sebelum ini dan sistem kesihatan awam dijangka berdepan cabaran untuk menyediakan perkhidmatan bagi menampung peningkatan ketara kes wabak berkenaan.
Mengikut Ordinan Darurat, KKM mempunyai kuasa untuk mengarahkan hospital swasta merawat pesakit COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021
![COVID-19: KKM akan adakan perbincangan lanjut mengenai pengurusan pesakit di hospital swasta COVID-19: KKM akan adakan perbincangan lanjut mengenai pengurusan pesakit di hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610718780_Hospital.jpg)
Kementerian Kesihatan berharap pemegang taruh swasta akan dapat mengutarakan segala persoalan dan memanfaatkan sesi libat urus tersebut. - Gambar hiasan
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Insiden keropok beracun: Wake-up call buat KKM - Dzulkefly Insiden keropok beracun: Wake-up call buat KKM - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720884630_DzulkeflyAhmad.jpg)
Insiden keropok beracun: "Wake-up call" buat KKM - Dzulkefly
Dzulkefly berkata kejadian itu mengingatkan pihaknya terutama penguat kuasa agar memberikan perhatian terhadap bahaya racun tersebut kepada manusia.
![KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).
![Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720781067_TBSEMBURDENGGI.jpg)
Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.
![Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720769524_tbanthonyloke.jpg)
Anthony Loke tidak kena serangan jantung - KKM
Anthony Loke mengalami sesak nafas ketika memulakan jawapan lisan soalan pertama di Dewan Rakyat pada Rabu, tiada kaitan dengan serangan jantung.
![Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720609181_TBkeropokracun.jpg)
Keropok beracun: Penyiasat KKM jumpa peket dipercayai racun tikus dekat longgokan sampah
Peket kosong yang sudah dibuka tertera tulisan Cina itu ditemui pasukan terbabit yang melakukan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian.
![KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720517499_produkkosmetikbera.jpg)
KKM batal notifikasi dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Pembatalan notifikasi produk itu dibuat oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.
![11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM 11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720329749_KKM.jpg)
11,783 outlet makanan diiktiraf BeSS - KKM
BeSS merupakan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi pelbagai kriteria tertentu.
![KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025 KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71719806384_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM komited capai nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada 2025
Sebagai perbandingan, Singapura mempunyai nisbah 1:270, UK 1:357, Australia 1:270, Austria 1:192, Thailand 1:1,111, dan Indonesia 1:1,400.
![KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719737885_DzulkeflyAhmad.jpg)
KKM belum terima maklumat lanjut sindrom STSS di Jepun - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) belum mendapat maklumat lanjut berhubung kes Sindrom Kejutan Toksik Streptococcal (STSS) yang sedang melanda Jepun.
![KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719733297_DrDzulkeflyAhmad.jpg)
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.