KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, butiran mengenai perkara itu akan diumumkan kementeriannya bagi memastikan rakyat mengamalkan cara hidup sihat.
Menurut beliau, inisiatif Pelan Strategik Mengurangkan Gula Dalam Kalangan Rakyat Malaysia (2024-2030) telah dirangka bagi memastikan aktiviti lebih agresif dan bersasar dapat dilaksanakan secara bersepadu di pelbagai peringkat.
"Kempen perang terhadap gula juga telah kita lancarkan di Nilai, Negeri Sembilan semalam (Sabtu) dan dalam pada itu juga akan uar-uarkan antara lainnya mengumumkan langkah-langkah menanganinya," katanya.
Beliau berkata demikan ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pembukaan Kilang FSD Industry Sdn Bhd di Puncak Alam di sini pada Ahad.
Dzulkefly berkata, terdapat tiga pendekatan dalam pelan strategik itu, bagaimanapun ia akan diumumkan kelak.
"Langkah-langkah atau pendekatan itu akan kita butirkan dalam waktu terdekat," ujar beliau.
Mengulas mengenai program itu, Dzulkefly memberitahu, pembukaan kilang pembuatan logam itu diyakini mampu membuka peluang pekerjaan kepada lebih 5,000 penduduk sekitar Kuala Selangor terutama di Puncak Alam.
Beliau berkata, FSD Industry merupakan sebuah kilang pembuatan logam (Die Casting Almunium) dalam skala industri yang berpusat di Hong Kong dan telah melabur di negara ini serta telah mempunyai beberapa cawangan sebelum ini.
"FSD juga telah menubuhkan sebuah syarikat pusat besi buruk yang mana membeli bahan sekerap aluminium mentah yang terletak di Pulau Indah Port Kang.
"Kebanyakan bahan sekerap ini diperoleh dari Amerika Syarikat dan Eropah. Bahan sekerap aluminium mentah ini kemudiannya akan diasingkan dan dihantar ke salah satu syarikat milik FSD," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 30 2024

Dr Dzulkefly berkata, butiran mengenai perkara itu akan diumumkan kementeriannya bagi memastikan rakyat mengamalkan cara hidup sihat. - Gambar fail

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.