KUALA LUMPUR: Penularan kes COVID-19 dalam negara berada pada tahap terkawal selepas pelbagai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan sejak 1 Mei lalu.
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Ts Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata, kebanyakan negeri menunjukkan penurunan kes yang signifikan, dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 nasional menurun ke paras 0.53.
"Ini yang harus terus berjaga-jaga kerana dalam tempoh satu bulan ini, sepanjang Mei saya jangkakan adalah dalam mod atau tempoh berjaga-jaga.
"Kita tak mahu ada lonjakan atau gelombang COVID-19 yang seterusnya. Jadi (kena) kita terus kekalkan norma-norma yang ada pada masa sekarang ini sehingga jumlah kes harian dalam negara turun lagi sekitar dua hingga tiga digit sahaja.
"Syukur juga negara kita telah menerima penggunaan ubat Paxlovid iaitu antiviral COVID-19, yang mana ia boleh digunakan walaupun pada masa ini hanya dibenarkan di hospital kerajaan.
'Tetapi saya yakin dalam tempoh satu atau dua bulan nanti pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan menilai dan melihat sekiranya ia boleh digunakan di tempat-tempat yang lain," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Pun begitu, Shamsul Bahari berkata risiko peningkatan kes masih tetap ada kerana Malaysia masih di peringkat awal fasa peralihan ke endemik.
Beliau juga mengakui masyarakat sudah lebih berdisiplin dalam menjaga diri dan kesihatan orang sekeliling.
"Pengambilan vaksin yang lengkap dan dos penggalak juga dalam kalangan kelompok dewasa sudah agak tinggi. Cuma pengambilan vaksin kanak-kanak mungkin agak rendah.
"Jadi saya juga nak mengambil kesempatan untuk memohon kepada semua komuniti yang mempunyai anak yang kecil, sila dapatkan vaksin segera.
"Pemakaian pelitup muka juga pada perayaan saya lihat (pada tahap) positif dan masih ramai yang pakai pelitup muka walaupun sudah diberikan kebebasan (pilihan)," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Mon May 09 2022
Pun begitu, Shamsul Bahari berkata risiko peningkatan kes masih tetap ada kerana Malaysia masih di peringkat awal peralihan fasa endemik - Foto/fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.