KUALA LUMPUR: Jumlah kes sembuh daripada COVID-19 di Malaysia terus mengatasi angka kes baharu untuk lapan hari berturut-turut apabila sejumlah 16,751 kes pulih dilaporkan setakat 12 tengah hari ini.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu pulih daripada wabak itu kini 1,950,467 kes.
Bagi kes baharu pula, sejumlah 14,554 kes dilaporkan hari ini dan daripada jumlah itu 163 kes atau 1.1 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima, manakala baki 14,391 kes atau 98.9 peratus adalah kategori satu dan dua.
Beliau berkata terdapat 1,049 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi kes yang disahkan positif COVID-19, disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
"Sebanyak 599 kes juga memerlukan bantuan pernafasan melibatkan kes disahkan COVID-19, disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Beliau berkata sembilan daripada jumlah kes baharu adalah kes import melibatkan lima warganegara dan empat rakyat asing manakala 14,545 kes membabitkan penularan dalam negara iaitu membabitkan 13,262 warganegara dan 1,283 rakyat asing.
Khairy berkata sebanyak 20 kluster juga dikesan dalam tempoh sama melibatkan 10 kluster di tempat kerja, sembilan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.
Mengenai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt), Khairy berkata Rt di Malaysia semalam adalah 0.90 dengan 13 negeri mencatat Rt di bawah 1.0 kecuali Pahang, Perak dan Perlis.
Pahang dan Perak merupakan negeri paling tinggi nilai Rt iaitu masing-masing 1.05, diikuti Perlis 1.01.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021
Khairy Jamaluddin berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif individu pulih daripada wabak itu kini 1,950,467 kes. - Gambar/ Astro AWANI @Shahir Omar
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".